Kredit foto: BH Online

Tiada pengumuman awal lima pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM 29) tahun ini untuk menghindari kontroversi tahun lalu daripada berulang.

Jelas Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, dia berharap usaha tersebut dapat meraih lebih banyak sokongan daripada penggiat seni untuk sama-sama hadir memeriahkan malam majlis anugerah.

Ini merupakan kelainan yang ada pada tahun ini kerana kami tidak akan mengumumkan lima pencalonan akhir. Ini kerana untuk mengurangkan kontroversi yang berlaku seperti tahun lalu dan kami cuma akan mengumumkan lima pencalonan akhir pada malam anugerah sahaja. Ia merupakan strategi bagi memastikan orang yang bertanding supaya dapat hadir pada hari anugerah kerana jika lima pencalonan akhir diumumkan awal mungkin mereka yang tidak terpilih tidak akan hadir. Buat masa sekarang kami telah mendapat sebanyak 42 pencalonan filem dan sebolehnya kami ingin mencapai sasaran sebanyak 81 pencalonan.
Sumber: Astro Gempak

Mohd Khusairi membuat kenyataan tersebut di Majlis Sidang Media FFM29 yang berlangsung di Panggung Mini P. Ramlee, Finas pada Selasa lalu.

FFM ke-29 bakal berlangsung pada 23 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan membawa tema Transformasi Citra Karya. Penonton di rumah dapat mengikuti acara ini menerusi siaran secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.




Hakcipta iluminasi.com (2017)