Oleh pada 07 Dec 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Finas Malaysia

       

Festival Filem Malaysia (FFM) adalah sebuah acara berprestij di peringkat nasional, dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memberi penghormatan kepada dunia perfileman tanah air.

Bermula sejak tahun 1980, festival ini merupakan sebuah platform meraikan bakat-bakat tempatan dan juga wadah mengiktiraf usaha para karyawan yang telah menyumbang kepada industri seni layar negara.

       

festival filem malaysia 2024

Kredit foto: Instagram Finas Malaysia

      

Tema

Dengan tema 'Evolusi Sinema Malaysia' (EMAS), Festival Filem Malaysia 33 mencerminkan visi baharu FINAS iaitu mengangkat martabat filem Malaysia sebagai produk yang berkualiti dan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Identiti dan budaya nasional menjadi keutamaan, bagi mencipta impak global yang melangkaui sempadan, sekali gus meletakkan industri filem sebagai nadi ekonomi kreatif dan budaya negara.

      

Pencalonan

Pada edisi ke-33, sebanyak 24 kategori yang dipertandingkan, melibatkan 95 pencalonan yang terdiri daripada 64 filem cereka, 20 filem pendek dan 11 filem dokumentari. Tidak ketinggalan, enam kategori anugerah turut diadakan sebagai penghargaan tanpa pertandingan.

Menariknya, tahun ini menyaksikan kembalinya kategori Dokumentari Terbaik yang terakhir kali dipertandingkan pada FFM28 pada tahun 2016. Ketika itu, Dosfellas Sdn Bhd telah dinobat sebagai pemenang menerusi dokumentari yang berjudul ‘Boat People’.

       

Kriteria Penyertaan

Penyertaan untuk FFM33 telah dibuka pada 20 Ogos 2024, dengan tarikh akhir permohonan ditetapkan pada 13 September 2024. Filem yang layak dimohon ialah filem cereka, filem pendek dan dokumentari.

Filem-filem mestilah karya yang telah ditayangkan dalam tempoh kelayakan, iaitu antara 1 Oktober 2022 hingga 30 Jun 2024. Namun, setiap penyertaan perlu mematuhi beberapa syarat khusus yang ditetapkan:

      

1. Filem Cereka

Kategori ini terbuka untuk filem cereka tempatan yang dihasilkan di Malaysia dan telah mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Filem tersebut tidak pernah menyertai edisi Festival Filem Malaysia sebelumnya dan mesti ditayangkan di pawagam seluruh negara dalam tempoh kelayakan.

2. Filem Pendek

Filem pendek yang layak adalah karya yang belum pernah menyertai mana-mana siri Festival Filem Malaysia sebelum ini, dengan tarikh tayangan di mana-mana platform bermula 1 Oktober 2022 hingga 30 Jun 2024.

3. Dokumentari

Filem dokumentari perlu mendapatkan kelulusan LPF, selain belum pernah menyertai festival sebelum ini. Tayangan dokumentari berada di mana-mana platform dalam tempoh yang sama seperti kategori lain.

      

Syarat Tambahan

Untuk kategori filem cereka, setiap calon mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap. Selain itu, syarat utama untuk semua kategori memerlukan pengeluar filem mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS yang sah sehingga 31 Disember 2024.

       

ffm 2024

Kredit foto: Instagram Finas Malaysia

       

Hadiah

Para pemenang setiap kategori di FFM 33 bakal membawa pulang ganjaran berupa wang tunai RM5,000 berserta trofi eksklusif.

Bagi penerima Anugerah Khas, pengiktirafan ini disertakan dengan hadiah lebih lumayan, iaitu wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Namun, kemuncak kepada semua anugerah pastinya adalah Anugerah Filem Terbaik yang mana pemenang kategori ini akan diberikan insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000, sebagai satu penghormatan besar yang mampu membuka lembaran baharu dalam perjalanan sinematik mereka.

      

Persembahan Penyanyi Jemputan

Pentas FFM33 dijanjikan akan bergetar dengan kehebatan suara emas barisan penyanyi tersohor tanah air. Nama-nama hebat seperti Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor dan Amir Jahari bakal memukau audiens dengan persembahan bertenaga mereka.

Tidak ketinggalan, Haqiem Rusli, Aisha Retno, Marsha Milan Londoh, Nikki Palikat dan Aizat Amdan dijangka membawa magis tersendiri.

Turut menyertai deretan bintang ini adalah Dinda Dania, Tyra Remy, Yubi dan Nini Razali.

       

festival filem malaysia 33 penaja

Kredit foto: Instagram Finas Malaysia

       

Penyampai Trofi

FFM33 bakal menyaksikan pentas diserikan dengan kehadiran deretan nama terkenal dunia seni tanah air. Antara yang diberi penghormatan untuk menyampaikan trofi kepada pemenang termasuklah Datuk Dr. Yusof Haslam, Dato' Hans Isaac, Dato' Afdlin Shauki, Aziz M. Osman, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Adlin Aman Ramlie, Sangeeta Krishnasamy dan Liyana Jasmay.

Tidak ketinggalan, Que Haidar, Mimi Lana, Tracie Sinidol, Susan Lankester, Anding Indrawani, Farah Ahmad, Emelda Rosmila, Prof (Adj) Hj Adam dan Hj Burhanuddin Md Radzi.

      

festival filem malaysia 2023

Kredit foto: Instagram Finas Malaysia

      

Pengacara

Menambah kerancakan acara ini, gandingan mantap Datuk AC Mizal dan Scha Alyahya akan mengambil alih pentas utama sebagai pasangan hos.

       

Tarikh

Majlis anugerah berprestij itu dijadualkan berlangsung pada 7 Disember 2024, bertempat di Auditorium Seri Angkasa, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Angkasapuri Kota Media. Siaran langsung malam anugerah akan bermula jam 8.30 malam di saluran RTM TV2, manakala acara Karpet Merah boleh ditonton seawal jam 7.15 malam menerusi saluran YouTube Finas Malaysia.

      

Senarai Keputusan Pemenang & Kategori      

Filem Terbaik - Imaginur - Lumatic Films

Pengarah Terbaik - Nik Amir Mustapha - Imaginur

Pengarah Harapan - Jin Ong - Abang Adik

Pelakon Lelaki Terbaik - Beto Kusyairy - Imaginur

Pelakon Wanita Terbaik - Susan Lankester - Rain Town

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Jack Tan - Abang Adik

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Elizabeth Tan - Sheriff

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Qisya Hairulzain - Magik

Pelakon Lelaki Harapan - Aniq Durar - Pagari Bulan

Pelakon Wanita Harapan - Trisha Ooi - Janna Endoro

Lakon Layar Terbaik - Jin Ong - Abang Adik

Cerita Asal Terbaik - Imaginur - Redza Minhat & Nik Amir Mustapha

Sinematografi Terbaik - Sheriff - Rahimi Maidin

Penyunting Terbaik - Imaginur - Johan Arif Mazlan

Skor Muzik Asal Terbaik - Malbatt: Misi Bakara - Jackey Yow

Penataan Seni Terbaik - Imaginur - Rabbani Sujak

Penataan Bunyi Terbaik - Mechamato Movie - Nizam Razak

Lagu Tema Terbaik - Hasrat - Amir Jahari (Amir Jahari / Amir Jahari)

Rekaan Kostum / Busana Terbaik - Abang Adik - Elaine Ng

Kesan Khas Visual Terbaik - Sheriff - Viper Studios Sdn Bhd

Tatarias / Solekan Terbaik - Abang Adik - Ng Keok Cheng, Yap Pui Yin & Kua Goh Yoke Eng

Poster Terbaik - Walid - Layar Pictures Sdn Bhd

Dokumentari Terbaik - Pekik - Stereo Pixels Sdn Bhd

Filem Pendek Terbaik - The Missing Trophy - Wayang Works Sdn Bhd

     

Pemenang 6 kategori yang tidak dipertandingkan:-

Anugerah Khas Sepanjang Zaman - A Galak

Anugerah Khas Karyawan - Indra Che Muda

Anugerah Khas Juri (1) - Filem Naam Katra Isai (Muzik Kami Pelajari)

Anugerah Khas Juri (2) - Filem Duan Nago Bogho

Filem Box Office - Sheriff - Skop Productions & Astro Shaw

        

Baca: 8 Filem Melayu Terbaru (2024) Mesti Tonton!

Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Terkini Filem Kahar: Kapla High Council (2024), Prekuel Drama Projek: High Council

Baca: 10 Fakta Filem Kahar : Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Festival Filem Malaysia (FFM) 32 (2022)

      

Calon Top 5

Filem Terbaik

1. Hungry Ghost Diner - Kinovisuals

2. Abang Adik - More Entertainment

3. Rain Town - Current Pictures

4. Sheriff - Skop Productions & Astro Shaw

5 Imaginur - Lumatic Films

6. Mechamato Movie - Animonsta Studios

7. Duan Nago Bocho - Kalamariff Holdings

      

Pengarah Terbaik

1. Syafiq Yusof - Sheriff

2. Nik Amir Mustapha - Imaginur

3. Tunku Mona Riza - Rain Town

4. Nizam Razak - Mechamato Movie

5. Sabri Yunus - Duan Nago Bocho

      

Pelakon Lelaki Terbaik

1. Zul Ariffin - Sheriff

2. Beto Kusyairy - Imaginur

3. Asrulfaizal - Duan Nago Bocho

4. Shaheizy Sam - Polis Evo 3

5. Chew Kin Wah - Rain Town

      

Pelakon Wanita Terbaik

1. Nadia Aqilah - Eva

2. Susan Lankester - Rain Town

3. Nabila Huda - Rahsia

4. Diana Danielle - Imaginur

5. Chen Keat Yoke - Hungry Ghost Diner

      

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

1. Wan Azli - Pagari Bulan

2. Sharnaaz Ahmad - Polis Evo 3

3. Syafiq Kyle - Sheriff

4. Kahoe Hon Victim(s)

5. Jack Tan - Abang Adik

      

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

1. Elizabeth Tan - Sheriff

2. Nadiya Nisaa - Imaginur

3. Pauline Tan - Rain Town

4. Remon Lim - Victim(s)

5. Angeline Tan - Duan Nago Bogho

      

Pengarah Harapan

1. Jin Ong - Abang Adik

2. Cho We Jun - Hungry Ghost Diner

3. Jacky Yeap - Sometime, Sometime

4. Kyoll Hamzah - Memoir Seorang Guru

5. Suhaiza Aziz - Eva

      

Pelakon Lelaki Harapan

1. Safwan Nazri - Malbatt: Misi Bakara

2. Aniq Durar - Pagari Bulan

3. Tan Kim Wang - Abang Adik

4. Yusuf Bahrin - The Lord Musang King

5. Danish Zamri - Memoir Seorang Guru

      

Pelakon Wanita Harapan

1. Harissa Adlynn - The Lord Musang King

2. Trisha Ooi - Janna Endoro

3. Teoh Ying Pei - The King Of Musang King

4. Zera Hariz - Syif Malam

5. Takahara Suiko - Imaginur

      

Pelakon Kanak-kanak Terbaik

1. Syed Muhammad Baqir - Memoir Seorang Guru

2. Joanne Marrisa - Agrinai

3. Nur Qistina Raisah - Rahsia

4. Shamshul Danish - Eva

5. Qisya Hairulzain - Magik

       

Cerita Asal Terbaik

1. Rain Town - Tunku Mona Riza

2. Duan Nago Bogho - Sabri Yunus

3. Abang Adik - Jin Ong

4. Imaginur - Redza Minhat & Nik Amir Mustapha

5. Hungry Ghost Diner - Cho We Jun

      

Lakon Layar Terbaik

1. Cho We Jun - Hungry Ghost Diner

2. Sabri Yunus - Duan Nago Bogho

3. Jin Ong - Abang Adik

4. Azril Hamzah & Zarina Omar - Rain Town

5. Redza Minhat & Nik Amir Mustapha - Imaginur

      

Sinematografi Terbaik

1. Sheriff - Rahimi Maidin

2. Imaginur - Idham Mad Din

3. Hungry Ghost Diner - Tan Teck Zee

4. Imam - Indra Che Muda

5. Pagari Bulan - Nazir Ahmad

      

Penyunting Terbaik

1. Sheriff - Syafiq Yusof

2. Abang Adik - Soo Mun Thye

3. Malbatt: Misi Bakara - Lee Pai Seang

4. Hungry Ghost Diner - Teh Rou Ning

5. Imaginur - Johan Arif Mazlan

       

Penataan Bunyi Terbaik

1. Hungry Ghost Diner - Ashwin Gobinath

2. Imaginur - Mohsin Othman

3. Malbatt: Misi Bakara - Charlene Ong

4. Mechamato Movie - Nizam Razak

5. Rain Town - Tee Wei Chien

       

Penataan Seni Terbaik

1. Abang Adik - Soon Yong Chow

2. Pagari Bulan - Yusaini Suib

3. Imaginur - Rabbani Sujak

4. Malbatt: Misi Bakara - Ho Chee Siang

5. Eva - Jdie Zainal

      

Kesan Khas Visual Terbaik

1. Sheriff - Viper Studios Sdn Bhd

2. Mechamato Movie - Nizam Razak

3. Malbatt: Misi Bakara - Basecamp VFX

4. Eva - Boon Chah Chai

5. Polis Evo 3 - Viper Studios Sdn Bhd

      

Skor Muzik Asal Terbaik

1. Hungry Ghost Diner - Teoh Eng Hooi

2. Malbatt: Misi Bakara - Jackey Yow

3. Naam Katra Isai - Boy Radge

4. Imaginur - Teoh Eng Hooi

5. Polis Evo 3 - Lo Shi Seng

      

Lagu Tema Terbaik

1. Rain Town - Imperfect - Wo Bu Shi Yi Ge Wan Mei De Ren

2. Imaginur - Hasrat

3. Polis Evo 3 - Ayuh

4. Abang Adik - A Walk To Remember

5. Naam Katra Isai - When Music Cries

      

Tatarias/Solekan Terbaik

1. Malbatt: Misi Bakara - Wing Shum

2. Abang Adik - Ng Keok Cheng, Yap Pui Yin & Kua Goh Yoke Eng

3. Polis Evo 3 - Eds Arippin

5. Pulau - Ella Sandera

6. Victim(s) - Ng Keok Cheng

      

Rekaan Kostum/busana Terbaik

1. Malbatt: Misi Bakara - Wing Shum

2. Abang Adik - Elaine Ng

3. Sheriff - Zarina Abu Sidik

4. Pagari Bulan - Uissa Tatarias

5. Sumpahan Jerunei - Jessie Yeow

      

Poster Terbaik

1. Memoir Seorang Guru

2. Duan Nago Bocho

3. Imaginur

4. Walid

5. Mechamato Movie

      

Filem Pendek Terbaik

1. Horologist

2. Road To Harvard

3. Hatim Dari Bangladesh

4. Tali Kasut

5. Kumang

6. The Missing Trophy

       

Dokumentari Terbaik

1. Pekik

2. Naskhah Diraja: 5 Tahun Pemerintahan Al-sultan Abdullah

3. Kita - Sabah Celebrating Diversity

4. Misi Kemanusiaan Palestin

5. Saudin The Orangutan Whisperer

       

Tajuk program? Festival Filem Malaysia 33

Bila dan tayang hari apa? 7 Disember 2024 (Sabtu)

Pukul berapa? Jam 8.30 malam

Tonton di mana? Live di saluran RTM TV2 dan platform streaming online, YouTube Finas Malaysia

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)