Oleh pada 02 Dec 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Festival Filem Malaysia 32

Festival Filem Malaysia (FFM32) bertemakan ‘Filem Kita, Citra Kita’ berlangsung di Encore, Melaka pada 2 Disember 2022.

Acara peringkat kebangsaan ini merupakan inisiatif kerajaan untuk membangunkan platform festival filem nasional yang berprestij, bagi mengiktiraf bakat-bakat seni tempatan yang mewarnai industri perfileman Malaysia.

Ia menyaksikan pencalonan filem yang ditayangkan dari 15 Julai 2021 hingga 30 September 2022 dalam 22 kategori yang dipertandingkan.

Menerusi calon Top 5, filem Spilt Gravy / Ke Mana Tumpahnya Kuah arahan Datuk Zahim Albakri Ikmal menerima pencalonan terbanyak iaitu 14 daripada 22 buah pencalonan.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa turut menunjukkan penguasaan apabila meraih 13 buah pencalonan, diikuti Juang dan Abang Long Fadil 3 yang masing-masing dalam 10 pencalonan.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyediakan sejumlah wang tunai RM200,000 sebagai hadiah keseluruhan FFM32.

Pemenang kategori Filem Terbaik akan menerima ganjaran berupa Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

Pemenang bagi setiap kategori pula akan menerima habuan wang tunai antara RM5,000 hingga RM15,000, manakala pemenang kategori Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman akan diberikan pakej umrah dan RM15,000.

FINAS mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan senarai nama juri bagi mengelakkan pertikaian.

ffm 2022

Antara kategori yang dipertandingkan. Kredit foto: Instagram Festival Filem Malaysia 32

    

Seramai lebih 1,400 jemputan termasuk 250 calon serta 21 artis veteran Singapura dan tempatan, dijangka memeriahkan penganjuran tersebut.

Diundang memeriahkan slot persembahan malam kemuncak FFM32 yang dihoskan oleh pengacara Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim ialah barisan penyanyi; Datuk Zainal Abidin, Siti Nordiana, Ernie Zakri, Marsha, Azlan & The Typewriters, Hazama, Amir Masdi, De Fam dan Han Byul.

Mereka yang menggalas peranan selaku penyampai trofi termasuklah Maya Karin, Namron, Faizal Hussein, Zul Ariffin, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Intan Ladyana, Jasmine Suraya, Nadhir Nasar dan ramai lagi.

Malam Anugerah FFM32 di saluran RTM TV2 ke udara secara langsung pada pukul 9 hingga 12 tengah malam.

Berikut ialah senarai penuh pemegang trofi setiap kategori :-

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Dan Info Penuh Festival Filem Malaysia (FFM) 31 2021

Senarai Keputusan Pemenang Kategori Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) Ke 32 (2022)  

1. Filem Terbaik - Split Gravy

2. Pengarah Terbaik - Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)

3. Pelakon Lelaki Terbaik - Datuk Adi Putra (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

4. Pelakon Wanita Terbaik - Tan Chui Mui (Barbarian Invansion)

5. Skor Muzik Asal Terbaik - Tan Yen Hue, Tan Shin Hwa, David Ngan Teck Wai (Small Town Heroes)

6. Cerita Asal Terbaik - Ryon Lee Eng Keong (Small Town Hereos)

7. Lakon Layar Terbaik - Jit Murad, Datuk Zahim Albakri & June Tan (Spilt Gravy)

8. Penyunting Terbaik - Isazaly Isa & A Samad Hassan (Spilt Gravy)

9. Sinematografi Terbaik - Stephen Chua Jyh Shyan (Small Town Heroes)

10. Penataan Bunyi Terbaik - Charlene Ong Chye Leng (Air Force The Movie Selagi Bernyawa)

11. Anugerah Penggiat Belakang Tabir - Akma Suriati Awang

12. Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman - Mat Sentul

13. Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman - Datuk Sarimah Ahmad

14. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa - Ranah 3 Warna

15. Pengarah Harapan - Dato' Zahim Albakri (Split Gravy)

16. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Beto Kusyairy (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)

17. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Juliana Ibrahim (Spilt Gravy)

18. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Phua Chandler (Small Town Heroes)

19. Pelakon Wanita Harapan - Layla Sania Khairuzikri (Small Town Heroes)

20. Pelakon Lelaki Harapan - Jaa Suzuran (Autumn In Wales)

21. Lagu Tema Terbaik - Wira Hatiku (Juang)

22. Rekaan Busana Terbaik - Rosada Abdul Hamid (Spilt Gravy)

23. Kesan Khas Visual Terbaik - Ma Chiau Ran, Tan Ye Xuan, Pau Tun Kai (Air Force The Movie: Selagi Bernyawa)

24. Penataan Seni Terbaik - Raja Malek & Wong Taysy (Spilt Gravy)

25. Poster Terbaik - Small Town Heroes

26. Tatarias Terbaik - Malya Artwork (Rasuk)

27. Anugerah Khas Juri 1 - Juang

28. Anugerah Khas Juri 2 - Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

29. Anugerah Khas Juri 3 - Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

30. Anugerah Filem Box Office - Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan

31. Anugerah Filem Pendek Terbaik - Can You Love Me Most?

Penyanyi Jemputan Yang Membuat Persembahan

Siti Nordiana

Datuk Zainal Abidin

Ernie Zakri

Azlan And The Typewriters

Marsha Milan Londoh

Amir Masdi

Hazama

De Fam

Han Byul

Penyampai Trofi

YM Dato’ Sri Shah Rezza

Syafiq Yusof

Maya Karin

Faizal Hussein

Namron

Zul Ariffin

Hairul Azreen

Hanis Zalikha

Intan Ladyana

Ummi Nazeera

Nadiya Nisaa

Liyana Jasmay

Ashraf Muslim

Nadhir Nasar

Azira Shafinaz

Fify Azmi

Sangeeta Krishnasamy

Jasmine Suraya

Tunku Mona Riza

Fabian Loo

Pauline Tan

Raja Mukhriz

Adrian Teh

Farah Ahmad

Jason Chong

Sharifah Aryana

ffm 32

festival filem malaysia 757

ffm

Kredit foto: Instagram Festival Filem Malaysia 32




Hakcipta iluminasi.com (2017)