senarai penuh pemenang festival filem malaysia ke 29 1

Kredit foto: myzons.com

Festival Filem Malaysia (FFM29) yang berlangsung semalam menobatkan filem Adiwiraku sebagai Filem Terbaik FFM29.

Ia sekaligus menewaskan empat buah filem dalam kategori yang sama iaitu Hanyut, Redha, Interchange dan Desolasi.

senarai penuh pemenang festival filem malaysia ke 29 2

Kredit foto: BH Online

Tidak ketinggalan, filem yang mencetuskan fenomena di pawagam baru-baru ini iaitu Abang Long Fadil 2 berjaya meraih trofi Anugerah Box Office dengan jumlah kutipan sebanyak 17.3 juta.

Majlis yang berlangsung dengan gilang-gemilangnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu dikendalikan oleh pengacara Zizan Razak.

Sekalung tahniah kepada semua pemegang trofi FFM tahun ini, termasuk yang berjaya menerima pencalonan.

Berikut kami sertakan senarai keputusan penuh anugerah-anugerah yang dipertandingkan. 

FILEM BOX OFFICE

Abang Long Fadil 2 : (17.3 juta kutipan) - Skop Production / Astro Shaw

KOSTUM / BUSANA TERBAIK

Akma Suriati Awang - Hanyut

PENATAAN BUNYI TERBAIK

Daniel - Hanyut

SINEMATOGRAFI TERBAIK

Jordan Chiam - Interchange

PENYUNTING TERBAIK

Nazim Shah - J Revolusi

PENATAAN SENI TERBAIK

Zahirah Nakibullah - Interchange

PELAKON KANAK - KANAK TERBAIK

Harith Haziq - Redha

PELAKON WANITA HARAPAN

June Lojong - Redha

PELAKON LELAKI HARAPAN

John Tan - You Mean The World To Me

PENGARAH HARAPAN

Tunku Mona Riza - Redha

SKOR MUZIK TERBAIK

David Koon - You Mean The World To Me

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Diana Danielle - Hanyut

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Shaheizy Sam - Interchange

CERITA ASAL TERBAIK

Jason Chong - Adiwiraku

ANUGERAH KHAS JURI

Desolasi (kesan khas visual) - Skop Production

Shuttle Life (kesedaran sosial) - MM2 Entertainment & More Entertainment

Pekak (kupasan isu najis dadah) - Primework Studio Sdn Bhd

LAKON LAYAR TERBAIK

Saw Teong Hin - You Mean The World To Me

ANUGERAH PENGGIAT BELAKANG TABIR

Johan Arifin Ibrahim

ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN

Datuk Yusof Haslam

PELAKON WANITA TERBAIK

Sanggeta Krishnasamy - Adiwiraku

PELAKON LELAKI TERBAIK

Namron - Redha

PENGARAH TERBAIK

Dain Iskandar Said - Interchange

FILEM TERBAIK

Adiwiraku - Sol Pictures Sdn Bhd, Iceberg Design Sdn Bhd & Filmmecca Studio Sdn Bhd

 


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)