Kredit foto: rojakdaily.com

Belum lagi ditayangkan, nampaknya demam filem Dukun sudah mula dirasakan!

Semenjak dimuatnaik di laman Youtube pada 1 April lalu, trailer filem seram berkenaan sudahpun meraih lebih 180,000 tontonan, seterusnya meletakkannya di tangga ketiga carta trending Youtube.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa teruja untuk menonton watak Datin Umie Aida sebagai wanita pengamal ilmu hitam bernama Diana Dahlan.

Antara yang menarik perhatian umum juga pastinya strategi pemasaran Dukun yang menggunakan video #PerempuanKebayaMerah dilihat berjaya memancing tumpuan ramai.

Sebelum ini, video #PerempuanKebayaMerah menjadi tular kira-kira seminggu sebelum tayangan Dukun di pawagam.

Susulan itu, netizen memberi 'review awal' terhadap teknik pemasaran filem ini yang dianggap berjaya menarik minat penonton ke panggung. 

belum lagi ditayangkan ini yang terjadi gara gara penangan filem dukun 2 95

belum lagi ditayangkan ini yang terjadi gara gara penangan filem dukun 3 241

belum lagi ditayangkan ini yang terjadi gara gara penangan filem dukun 4 602

belum lagi ditayangkan ini yang terjadi gara gara penangan filem dukun 5 140

belum lagi ditayangkan ini yang terjadi gara gara penangan filem dukun 6 728

belum lagi ditayangkan ini yang terjadi gara gara penangan filem dukun 7 240

Kredit foto: Astro Gempak

Filem paling dinantikan ini turut dijayakan barisan pelakon hebat seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarea, Hasnol Rahmat dan Elyana.

Bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 5 April ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)