Oleh pada 29 Mar 2018 kategori

The Imitation Game adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar tentang seorang pakar matematik dan kriptografi iaitu Alan Turing, yang berjaya mencipta sebuah mesin bagi memintas kod (mesej) daripada mesin Enigma milik Jerman. Enigma adalah sebuah mesin komunikasi berkod. Kejayaan ini akhirnya mendorong kepada tamatnya Perang Dunia ke-2. 

Permulaan Kisah Alan Turing Di Dalam The Imitation Game

BESARKAN TEKS     A-  A+

alan turing bersama christoper imitation game

Pada tahun 1952, 2 orang pegawai polis, Nock dan Staehl menyiasat seorang pakar matematik, Alan Turing selepas rumah beliau dipecah masuk. Ketika dalam disoal siasat oleh Nock, Alan memberitahu tentang kisah beliau yang pernah bekerja di Bletchley Park (pusat codebreakers oleh British). 

Pada tahun 1927, Alan yang pada ketika itu baru berusia 15 tahun berasa sunyi dan sedih kerana kerapa kali dibuli di sekolah asrama penuh yang dihadiri beliau. Satu-satunya kawan beliau di sekolah adalah Christopher Morcom, yang mencetuskan minat beliau dalam bidang kriptografi (proses menyah-kod).

Alan bagaimanapun, mula mempunyai perasaan romantik terhadap Christopher. Sebelum sempat Alan meluahkan perasaan cinta kepada kawannya itu, Christopher mati mengejut disebabkan penyakit tuberculosis (TB). 

Alan Turing Menyertai Pasukan Kriptografi Di Bletchley Park

alan turing bersama pasukan kriptografi di bletchley park

Apabila Britain mengisytiharkan perang terhadap Jerman pada tahun 1939, Alan dijemput ke Bletchley Park, dan atas arahan Komander Alastair Denniston, beliau menyertai pasukan kriptografi bersama beberapa pakar kriptografi lain. Antaranya adalah Hugh Alexander, John Cairncross, Peter Hilton, Keith Furman dan Charles Richards. Pasukan berkenaan ditugaskan untuk menyahsulit (decrypt) mesin Enigma, sebuah mesin yang digunakan oleh Nazi bagi menghantar mesej rahsia. 

Alan adalah seorang suka bersendiri dah susah untuk bekerjasama dengan beliau, dan beliau turut menganggap rakan sekerjanya tidak setaraf beliau. Beliau bekerja bersendirian dalam percubaan membina sebuah mesin yang berupaya mentafsirkan kod daripada mesin Enigma. 

Alan Turing Mahu Membina Mesin Bagi Mentafsir Kod Jerman

alan turing mahu bina mesin bagi tafsir kod jerman

Selepas Alastair menolak permintaan Alan untuk memberi dana bagi pembinaan mesin berkenaan, Alan menulis surat kepada Perdana Menteri Britain pada ketika itu iaitu Winston Churchill. Winston kemudiannya  melantik Alan sebagai ketua dan memberikan dana untuk projek berkenaan. Alan serta merta memecat Keith dan Charles. Beliau mengiklankan sebuah permainan teka silang kata yang sangat susah sebagai cara atau ujian bagi mencari pengganti kepada kedua mereka ini.

Joan Clarke, seorang graduan dari University of Cambridge, berjaya melepasi ujian Alan dan ditawarkan posisi di dalam pasukannya. Namun, ibubapa Joan tidak membenarkan beliau untuk bekerja di samping kaum lelaki. Alan membuat pengaturan tempat tinggal dan pejabat agar Joan bekerja di samping pekerja wanita yang ditugaskan memintas mesej Jerman. 

Alan menceritakan secara terperinci segala pelan beliau kepada Joan. Dengan bantuan Joan, Alan kini dihormati oleh rakan sekerja yang lain. Di sini, bermulalah pembinaan mesin ciptaan Alan, dan mesin tersebut dinamakan Christopher. Walaupun berjaya mencipa mesin Christopher, beliau menghadapi kesukaran untuk menentukan settings mesin Enigma sebelum Jerman menetapkan semula encryption Enigma setiap hari. 

Cabaran Yang Ditempuhi Alan Turing

cabaran yang dilalui alan turing imitation game

alan turing dan joan clarke berkahwin imitation game

Akibat tempoh pembinaan yang terlalu lama dan gagal dalam menyahsulit mesin Enigma, Alastair mengeluarkan arahan untuk menghancurkan mesin Christopher, dan memecat Alan. Rakan sekerja Alan yang lain mengancam untuk meninggalkan pasukan berkenaan sekiranya Alan pergi. Alastair memberikan sedikit masa lagi untuk Alan dan pasukan meneruskan projek mereka. 

Tidak lama kemudian, Joan mahu meninggalkan projek dan pasukan tersebut atas kehendak ibu bapa beliau. Alan enggan melepaskan Joan, lalu beliau melamar Joan dan akhirnya mereka berkahwin. Ketika pada hari perkahwinan, Alan memberitahu John bahawa dia adalah seorang homoseksual, namun John menasihati beliau agar tidak memberitahu sesiapa tentang perkara berkenaan. 

Selepas terdengar perbualan seorang kerani wanita tentang mesej yang diterimanya, Alan mendapat idea bahawa beliau boleh memprogramkan mesin Christopher untuk menyahkod (decode) perkataan-perkataan yang sudah diketahui wujud dalam beberapa mesej tertentu. Selepas beliau mengubah settings mesin tersebut, ia dengan pantas menyahkod mesej Jerman, memberi kejayaan kepada Alan dan rakan-rakan. 

Akhirnya Mesin Ciptaan Alan Turing Berfungsi Sepenuhnya

mesin alan turing imitation game berfungsi sepenuhnya

Walaubagaimanapun, Alan sedar bahawa mereka perlu berhati-hati dan tidak boleh mengambil tindakan terburu-buru berdasarkan setiap mesej Jerman bagi mengelakkan musuh sedar tentang kejayaan British mentafsir kod daripada mesin Enigma. 

Dalam masa yang sama, Alan mendapati bahawa John adalah seorang pengintip Soviet. Apabila Alan berhadapan dengannya tentang perkara ini, John berhujah bahawa Soviet adalah sekutu British kerana mereka mempunyai matlamat dan musuh yang sama. John juga mengancam untuk mendedahkan seksualiti Alan sekiranya Alan membongkarkan rahsianya. 

Apabila agen MI6 Stewart Menzies cuba mengancam Joan, Alan mendedahkan tentang John yang merupakan seorang pengintip. Stewart memberitahu bahawa beliau sudah tahu akan rahsia berkenaan, dan meletakkan John dalam pasukan mereka bagi membocorkan mesej Jerman kepada Soviet bagi manfaat British. 

Takut akan keselematan Joan, Alan mengarahkan agar Joan meninggalkan Bletchley Park secepat mungkin, dan turut mendedahkan bahawa beliau sebenarnya seorang gay, serta memberitahu beliau menipu tentang tidak kisah akan Joan. Hancur hati dan sedih, Joan memberitahu bahawa beliau memang selama ini menyangka bahawa Alan adalah gay, namun yakin mereka boleh bahagia bersama. 

Pengakhiran Hidup Alan Turing

alan turing mati bunuh diri guna racun

Selepas tamat perang, Stewart mengeluarkan arahan agar mesin Christopher dihancurkan dan pasukan kriptografi tersebut berpecah, dan mereka tidak boleh bertemu sesama mereka lagi atau berkongsi tentang projek tersebut. 

Pada tahun 1950an, Alan didapati bersalah atas berkelakuan tidak senonoh, namun tidak dijatuhi hukuman penjara. Sebaliknya, beliau dikenakan hukuman chemical castration. Pada tahun 1954, 16 hari sebelum hari kelahirannya yang ke-42, Alan membunuh diri dengan menggunakan racun sianida (cyanide).   

Gambar Pelakon & Watak Sebenar 

Alan Turing dan Benedict Cumberbatch

gambar alan turing dan benedict cumberbatch

Joan Clarke dan Keira Knightley

joan clarke dan keira knightley imitation game

Hugh Alexander dan Matthew Goode

hugh alexander dan matthew goode imitation game

John Cairncross dan Allen Leech

john cairncross dan allen leech imitation game

Lain-Lain Gambar Berkenaan

mesin christopher dan alan turing

alan turing dikenang imitation game 49

joan clarke bersama rakan imitation game

joan clarke bersama mesin christopher

alan turing homoseksual di dalam akhbar

Sumber & Bacaan Tambahan:

  1. quora.com
  2. en.wikipedia.org
  3. slate.com
  4. theguardian.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)