Oleh pada 17 Aug 2017 kategori

Dikenali sebagai "Unabomber", Ted Kaczynski adalah seorang pembunuh bersiri yang yang sangat pintar dan telah melakukan 16 siri pengeboman yang telah mengakibatkan 3 individu maut dan 23 yang lain cedera. Rasa benci terhadap kerajaan dan teknologi yang menurutnya merosakkan alam semulajadi mendorong Ted melakukan segalan tindakannya.

Awal kehidupan Ted Kaczynski

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beliau yang dilahirkan pada 22 May 1942 dan berasal dari Chicago, Illinois. Ketika masih bayi, Ted mengalami alahan terhadap beberapa jenis ubatan yang menyebabkan beliau diasingkan ketika diberi rawatan. Terdapat laporan mengatakan perubahan terhadap personaliti ketika berada di hospital.

Ketika Ted masih kecil, ibu bapa beliau sangat menitikberatkan pelajaran dan menekan Ted untuk mencapai kejayaan akademik yang memberangsangkan. Disebabkan kepintaran beliau terutamanya dalam matapelajaran matematik, Ted dibenarkan untuk melangkau dua gred ketika berada di sekolah rendah.

Berada di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, beliau digelarkan sebagai "pelik" kerana kepintarannya. Ted memperoleh markah 167 dalam ujian IQ, yang mana melebihi 27 markah dari paras genius. Beliau juga sangat aktif di sekolah termasuklah dalam bahasa Jerman dan kelab catur.

ted ketika kecil

Disebabkan gred yang baik diperolehi Ted, ketika berusia 16 tahun, beliau diterima masuk ke Univerisiti Harvard dengan biasiswa penuh. Beliau mengambil kursus matematik ketika di Harvard. Ketika berada di univerisi, beliau telah mengambil bahagian dalam eksperimen psikologi yang dikendalikan oleh Professor Henry Murray, yang mana dikatakan menjadi salah satu faktor kepada aktiviti Ted di kemudian harinya.

Menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah

Ted meneruskan pengajiannya ke peringkat seterusnya di Universiti Michigan selepas tamat pendidikan di Harvard pada tahun 1962. Sambil belajar, Ted juga mengajar dan menyiapkan tesisnya, yang mana menerima pujian daripada pihak universiti.

Ted menghabiskan pengajiannya dalam Master of Arts dan Doktor Falsafah dalam matematik pada tahun 1965 dan 1967.

tamat sekolah menengah

Tamat sekolah menengah

Tesis Ph.D Ted bertajuk "Boundary Functions"" dan penasihat tesis beliau, Allen Shield, memberitahu bahawa tesis yang dihasilkan oleh Ted adalah yang terbaik pernah dikendalikannya. Seorang profesor matematik yang telah bersara, Maxwell Reade, mengatakan kemungkinan hanya 10 individu sahaja yang faham dan menghargai tesis yang dihasilkan Ted.

Pada tahun itu, iaitu 1967, Ted telah memenangi Hadiah Sumner B. Myers di Universiti Michigan, yang telah mengiktiraf disertasinya sebagai yang terbaik dalam bidang matematik tahun itu.

Hujung tahun 1967, Ted yang ketika itu baru berusia 25 telah menjadi penolong profesor matematik di Univerisiti California mengajar kursus kalkulus dan geometri, dan merupakan profesor matematik termuda pernah diambil bekerja di situ.

Namun, sebagai pensyarah, Ted tidak disukai oleh para pelajar yang mengatakan tidak Ted seolah-olah tidak selesa dengan suasana pengajaran dan mengajar terus dari buku serta enggan menjawab soalan yang ditanya pelajar.

professor ted

Ketika berusia 25 tahun dan menjadi penolong profesor di Universiti California

2 tahun berkhidmat sebagai pensyarah, akhirnya beliau meletakkan jawatan pada tahun 1969 tanpa apa-apa penjelasan. Ted kemudian berpindah ke Montana (kawasan pergunungan) dan membina kabin kecil dimana beliau tinggal bersendirian, memburu arnab, bercucuk tanam dan menghabiskan masanya dengan membaca. Ketika tempoh hidup menyendiri inilah rasa anti-kerajaan dan anti-teknologi dalam diri Ted mula terbina dan semakin menjadi-jadi.

Mula menghasilkan bom

Pada tahun 1978, Ted menghasilkan bom pertamanya, yang dihantar kepada profesor di Universiti Northwestern. Bungkusan tersebut dibuka oleh pengawal keselamatan univerisi yang telah mengalami kecederaan ringan akibat letupan bom tersebut. Bom yang dihasilkan Ted disasarkan ke atas mereka yang terlibat secara khusus dalam pengkomputeran, teknologi dan genetik.

bom surat

Bom surat

Syarikat penerbangan Amerika kemudiannya menjadi sasaran Ted di mana 2 bom telah dihantar, satu pada 1979 namun bom tersebut gagal meletup dalam pesawat. Satu lagi bom pada 1980 telah dihantar kepada presiden syarikat United Airlines, yang mengakibatkan kecederaan ringan.

Disebabkan pengeboman ini, FBI kemudiannya bekerjasama dengan syarikat pos Amerika bersama Biro Alkohol, Tembakau dan Senjata Api bagi mengesan penjenayah di sebalik pengeboman itu.

Kes itu dikenali sebagai UNABOM, yang merupakan singkatan bagi UNiverisiti dan Airline BOMbing, dan penjenayah itu, Ted, digelar sebagai "Unabomber".

Membunuh 3 individu dengan letupan

Ted menjadi semakin agresif dengan menghasilkan bomb yang lebih berbahaya pada tahun 1982. Pada tahun 1985, bom yang dihasilkan Ted telah menyebabkan kecederaan yang serius buat kali pertama apabila seorang pelajar ijazah sarjana dan kepten Tentera Udara Amerika Syarika telah kehilangan 4 jari dan buta sebelah mata. Bom tersebut adalah sama seperti bom-bom yang lain dihasilkannya, dibuat daripada kayu dan merupakan 100% hasil tangannya.

bom

Pada tahun yang sama, kematian pertama disebabkan bom Ted telah berlaku. Seorang pemiilik kedai komputer, Hugh Scrutton, 38, maut akibat bom yang diletakkan di lot parkirnya meletup. 2 tahun kemudian pada tahun 1987, satu lagi serangan yang sama ke atas kedai komputer dilancarkan Ted di Utah apabila bom yang kelihatan seolah sekeping kayu telah meletup di lot parkir meletup.

Gary Wright, individu yang mengalihkan kepingan kayu tersebut telah mengalami putus saraf pada tangan kirinya dan letupan itu menyebabkan 200 serpihan kayu "tertembak" ke dalam badannya.

Ted kemudiannya berehat seketika daripada aktivitinya selama 6 tahun. Kembali aktif pada 1993, sebuah bom telah dihantar melalui pos kepada seorang profesor komputer sains di Universiti Yale iaitu David Gelernter.

Letupan bom menyebabkan David cedera kritikal, namun akhirnya pulih. Pada minggu yang sama, satu lagi bom juga dihantar melalui pos kepada Charles Epstein dari Universiti California yang menyebabkan kehilangan beberapa jari.

mangsa unabomber

Mangsa Unabomber, Gilbert Murray dan Thomas Mosser

Seorang lagi mangsa maut akibat bom Ted, Thomas Mosser, yang merupakan pegawai eksekutif syarikat perhubungan dan pemasaran, Burson-Marsteller. Ted memberitahu beliau "mengebom" Thomas Mosser kerana syarikat Burston-Marsteller telah membantu Exxon membersihkan imej mereka selepas insiden tumpahan minyak Exxon Valdez, yang dianggap sebagai salah satu bencana alam yang paling dasyat disebabkan manusia. Bukan itu sahaja, Ted juga mendakwa syarikat tersebut membangunkan teknik dalam memanipulasi sikap manusia.

Mangsa maut terakhir oleh bom Ted berlaku pada tahun 1995, yang telah mengorbankan nyawa Gilbert Murray yang merupakan presiden "kumpulan melobi" industri kayu, California Forestry Association. Bom ini sebenarnya telah dihantar ke alamat presiden sebelumnya iaitu William Dennison yang telah bersara.

Sebanyak 23 cedera dan 3 kematian akibat daripada 16 siri pengeboman oleh Ted Kaczynski. Bom yang berbeza-beza telah dihantar namun mempunyai satu persamaan iaitu tertulis perkataan "FC" yang kemudiannya diberitahu oleh Ted yang bermaksud "Freedom Club".

Penangkapan The Unabomber

Pada tahun 1995, satu surat telah dihantar ke New York Times daripada FC yang berbunyi:

"Ini mesej dari FC, kami sudah letih menghasilkan bom. Ia sangat tidak menyenangkan terpaksa menghabiskan masa termasuk hujug minggu bagi menyediakan campuran yang berbahaya, menghasilkan mekanisma bom daripada logam terbuang serta mencari kawasan yang terpencil untuk menguji bom. Jadi kami ingin membuat tawaran," - FC

manifesto

Tawaran yang dimaksudkan adalah menerbitkan manifesto daripada FC, dan penghantaran bom akan dihentikan. Ted menghasilkan manifesto itu dalam bentuk esei dengan 35,000 patah perkataan yang diberi tajuk "Industrial Society and Its Future" yang menerangkan secara keras terhadap ancaman yang timbul akibat masyarakat industri terhadap kebebasan dan alam semulajadi.

Dalam manifestonya lagi, Ted menganalisa satu konsep yang dipanggil "proses kuasa", atau ia satu keperluan semulajadi manusia untuk terlibat dalam penetapan matlamat dan pencapaian objektif. Namun, dalam masyarakat industri moden, sedikit sahaja usaha yang diperlukan untuk memuaskan keperluan fizikal seseorang.

Dan akibat daripada ketidaksamaan antara keperluan manusia dan keadaan perindustrian, kehidupan moden diselubungi dengan kemurungan, tidak berdaya dan juga putus asa.

manifesto unibomber

FBI kemudiannya mendorong New York Times dan Washington Post supaya menerbitkan manifesto tersebut dengan harapan dapat mendedahkan identiti FC. Esei tersebut kemudiannya diterbitkan pada September 1995 dan telah dibaca oleh kakak ipar Ted yang berasa curiga dengan penulisan tersebut.

Kakak ipar Ted kemudiannya memberikan esei tersebut kepada abang Ted, David, yang menyedari cara penulisan tersebut milik adiknya.

Selepas berbincang dan menggunakan khidmat penyiasat persendirian bagi memastikan keraguannya, David menghubungi FBI. Dengan bukti yang ada, FBI telah menyerbu rumah Ted dan menjumpai segala bukti yang membolehkan beliau dihadapkan ke mahkamah atas jenayah Unabomber.

ted ditangkap

Pada April 1996, pihak berkuasa telah menahan Ted Kaczynski di kabinnya di Montana dan membolehkan orang ramai melihat buat kali pertama pengebom "Unabomber" buat kali pertama selepas 18 tahun. Ketika ditahan, Ted kelihatan kotor dan tidak terurus, dengan rambut yang serabai. Rupa itu adalah biasa bagi mereka yang tinggal di kawasan Montana, namun bagi pihak media ia mengukuhkan lagi bahawa itu adalah imej pengganas.

kabin ted 413

bom ted

FBI juga menjumpai sebuah bom yang belum siap dan alatan menghasilkan bom, serta diari Ted yang mempunyai 40,000 muka surat menerangkan jenayahnya dengan begitu terperinci.

bengkel ted

Ted kemudiannya mengaku bersalah di atas 13 pengemboman, dan bekerjasama dengan pihak mahkamah bagi mengelakkan hukuman mati. Ted dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan untuk mendapatkan pembebasan bersyarat, di penjara ADX Supermax di Colorado, antara penjara yang paling ketat di dunia.

Kesimpulan dari kisah ini

Walaupun beliau dianggap sebagai pengganas, namun realitinya Ted adalah sama seperti individu genius yang lain, mempunyai pendidikan sehingga tahap tertinggi iaitu doktor falsafah dan tesisnya telah membantu menyelesaikan banyak masalah sukar yang melibatkan "boundary functions". Sehinggakan professor matematik Ted iaitu George Piranian tak mampu selesaikan.

Dan walaupun sangat mudah untuk menggelarkan Ted Kaczynski sebagai orang gila, ekstremis atau tidak mempunyai pertimbangan, namun idea-idea yang dilontarkan Ted juga mendapat sokongan.

Apa yang disampaikan dalam manifesto Ted mengenai kritikan terhadap teknologi telah lama diutarakan oleh ahli fikir British, termasuklah seorang penulis esei, Samuel Butler, dalam penulisannya "Darwin Among Machines" pada tahun 1863, yang berbunyi :

"Hari demi hari, mesin semakin berpengaruh di kalangan kita, hari demi hari kita semakin tunduk kepada mereka. Masa akan tiba dimana mesin akan menjadi tuan kepada dunia dan penduduknya.

Pendapat kami adalah perang patut diisytiharkan terhadap mereka (mesin) secepat mungkin. Setiap mesin harus dihapuskan oleh mereka yang menginginkan kebahagiaan dirin dan spesisnya." - Samuel Butler

Perhatikan betapa jelas dan hampirnya kenyataan Samuel Butler dengan amaran oleh Stephen Hawking, Bill Gates, Steve Wozniak, and Elon Musk mengenai "artificial intelligence", yang mana semua daripada mereka tetapi meneruskan sokongan terhadap kemajuan teknikal.

Rujukan :




Hakcipta iluminasi.com (2017)