Bergantung kepada siapa yang anda bertanya, Hamza Daniel Bendelladj boleh dilihatkan sebagai Robin Hood atau penjenayah siber alaf baru.

Hamza Bendelladj adalah seorang penggodam komputer yang berasal dari Algeria. Beliau menggunakan nama kod BX1 dan telah diberikan nama julukan "Smiling Hacker".

Dilahirkan pada tahun 1988 di Tizi Ouzou, Algeria, Hamza berada dalam senarai 10 penggodam paling dikehendaki oleh Interpol dan FBI.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ia berikutan dakwaan menggelapkan puluhan juta dolar dari lebih daripada 200 institusi kewangan Amerika dan Eropah melalui virus komputer "RimiG33k" yang menjangkiti lebih daripada 50 juta komputer di seluruh dunia.

Hamza didakwa membangunkan virus ini dengan rakannya dari Rusia, Aleksandr Andreevic Panin atau "Gribodemon" untuk mencuri maklumat bank yang disimpan dalam komputer yang dijangkiti.

Malah, Hamza juga telah menggodam laman sesawang rasmi kerajaan Israel.

perisian malware spyeye

Menggunakan perisian hasad (malware) dikenali sebagai SpyEye, Hamza memecah masuk ke dalam komputer bank-bank atau individu untuk memperoleh kata laluan dan kod pengenalan.

Sebaik sahaja mendapat akses kepada sesebuah akaun, Hamza akan mengosongkan akaun tersebut.

Menurut dokumen mahkamah, antara 2009 dan 2011, Hamza dan yang lain membina, memasarkan dan menjual virus SpyEye dalam  pelbagai versi kepada penjenayah siber, yang membolehkan mereka memperoleh kata laluan, nama pengguna dan maklumat kad kredit.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat mengatakan Hamza biasanay mengiklankan SpyEye dalam forum penggodam komputer yang dikenali sebagai Darkode.

Hamza dan pengguna SpyEye lain juga didakwa bertanggungjawab dalam pemibnaan rangkaian besar komputer yang dijangkiti atau "botnet", yang mana telah digodam untuk maklumat kewangan dan peribadi. 

hamza bendelladj kelihatan tersenyum ketika ditangkap polis thailand

Selepas diburu selama 3 tahun, Hamza akhirnya ditangkap pada 8 Januari 2013 oleh polis Thailand ketika beliau transit di Bangkok dalam perjalannya dari Malaysia ke Mesir.

Ketika ditangkap, beliau kelihatan tidak melawan dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya. Isteri dan anak perempuannya kemudian meneruskan penerbangan pulang ke Mesir tanpa Hamza.

Beliau menerima nama julukan "Smiling Hacker" disebabkan oleh tindakannya yang hanya tersenyum ketika ditangkap dan juga dalam sidang media yang dilakukannya selepas ditangkap.

Malah, Hamza juga tersenyum walaupun dalam keadaan tangannya yang bergari.

Apabila ditanyakan apa yang dilakukan dengan wang tersebut, beliau menghabiskan semuanya dengan mendermakan berjuta-juta dolar kepada badan amal Palestin dan Afrika.

hamza bendelladj di bawah tahanan polis thailand

Hamza diekstradisi ke Amerika Syarikat pada Mei 2013 di mana dia dibicarakan di Atlanta dan mengaku bersalah pada 25 Jun 2015.

Beliau berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda sebanyak RM64 juta.

Rakannya Aleksandr Andreevich Panin ditangkap pada 1 Julai 2013 di Lapangan Antarabangsa Hartsfield-Jackson di Atlanta.

Dia mengaku bersalah pada Januari 2014 di hadapan Mahkamah Persekutuan Atlanta.

Berikutan ekstradisi beliau ke AS, khabar angin mula tersebar di internet mengatakan bahawa Hamza bakal berhadapan dengan hukuman mati di atas jenayahnya.

Ini membuatkan para penyokong beliau memulakan kempen untuk memohon agar hukuman itu tidak dikenakan. 

hamza bendelladj dilihatkan sebagai robin hood alaf baru

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Hassan_JBr menulis:

"Wira Algeria adalah salah seorang daripada penggodam paling berbahaya. Dia menggodam 217 buah bank dan mendermakan RM1.17 bilion ($280 juta USD) kepada Palestin. Hukumannya? Mati,".

Tweet berkenaan dikongsi sebanyak lebih daripada 4,500 kali.

Pihak berkuasa AS menolak tuntutan yang dipublikasikan secara meluas ini. Malah, duta besar AS ke Algeria, Joan Polaschik, menulis bahawa "jenayah komputer tidak dihukum dengan hukuman mati".

Sejak penahanan Hamza, pegawai penguatkuasa undang-undang AS mengatakan mereka telah membongkar Darkode dan telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap ramai individu yang berkaitan dengan forum berkenaan.

Walaupun telah mengaku bersalah, namun penyokong Hamza terus menggodam pelbagai laman sesawang di seluruh dunia, termasuk Air France dan universiti yang berpangkalan di Virginia, meminta untuk melepaskan beliau menggunakan hashtags #FreeHamzaBendellaj dan #FreePalestine.

kempen bebaskan hamza bendelladj 677

Hamza telah berada dalam tahanan penjara di AS sejak penangkapannya pada Mei 2013, dengan mahkamah AS menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan 3 tahun percubaan,  pada 20 April 2016.

Aleksandr Andreevich Panin pula dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun dan 6 bulan.

Dalam laporan mereka, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menganggarkan virus "SpyEye" telah mencuri kira-kira RM4 bilion.

Antara tahun 2010 dan 2012, bank yang terjejas telah membaiki kerosakan yang disebabkan oleh malware ini. Peguam Hamza mengumumkan bahawa beliau berhasrat untuk melakukan rayuan terhadap keputusan mahkamah. 

Rujukan:

1. Al-Jazeera

2. Appknox

3. CNN




Hakcipta iluminasi.com (2017)