Syarikat-syarikat sebesar manapun pasti mempunyai permulaan. Mereka tidak wujud secara magik. Di sini penulis ingin berkongsi 10 kisah inspirasi individu-individu genius ini memulakan syarikat yang kini bernilaai jutaan dollar. 

10. Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim - YouTube

Sumber Foto: Wikipedia

Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim menjadi sahabat pada tahun 2005 semasa bekerja untuk Paypal. Pada suatu petang, Chad dan Steve telah mengadakan sebuah parti yang mana Jawed tidak dapat hadir.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan untuk berkongsi video parti tersebut dengan Jawed dilihat sangat susah. Dari saat ini, bermulalah kelahiran sebuah platfom video yang dinamakan Youtube.

Hari ini, Youtube mempunyai lebih kurang 1 billion pengguna, hampir satu pertiga pengguna internet secara keseluruhannya.

9. Travis Kalanick dan Garrett Camp - Uber

travis kalanick dan garrett camp uber

Sumber Foto: govpilot.com

Pada tahun 2008, 2 orang programmers berjaya, Travis Kalanick dan Garrett Camp telah pergi ke sebuah persidangan di Paris dan mereka berasa sangat sukar untuk mendapatkan teksi di sana. Masalah membuatkan manusia berfikir. 

Tahun berikutnya, UberCap telah dilancarkan di San Francisco. Ramai selebriti seperti Ashton Kutcher, Edward Norton dan Jay-Z telah menggunakan servis ini, memberikan pemasaran percuma kepada syarikat ini.  

Hari ini, Uber menjadi pembekal servis teksi nombor satu di dunia. Uber kemudian mengembangkan operasi dalam taliannya kepada pelbagai servis, termasuklah UberEats

8. Phil Knight - Nike 

phil knight nike

Sumber Foto: nikeblog.com

Kekurangan kasut sneakers di kedai-kedai di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan pelari bernama Phil Knight untuk membuat tempahan kasut di Asia dan menjualnya di AS. Pada tahun 1965, beliau menamakan syarikatnya Nike (atas nama Dewi Kemenangan) dan memulakan pengeluarannya sendiri.  

Nike kemudiannya memegang 50% market kasut di AS. Pada tahun 1984, Nike Air Jordan telah dicipta khas untuk Michael Jordan yang ketika itu masih belum dikenali. Pemain bola keranjang itu kemudiannya akan membayar denda sebanyak USD$5000 sebelum setiap perlawanan, sebagai satu taktik pemasaran untuk menarik perhatian ramai. Ternyata taktik ini menjadi, dan ia dikenali sebagai live advertising.  

Hari ini, Nike menjadi syarikat nombor satu dalam industri sukan.  

7. Ingvar Kamprad - IKEA

ikea ingvar kamprad

Sumber Foto: emaze.com

Beliau pernah menjual kad Krismas, cendawan, berri. Namun, pada usia 17 tahun, seorang budak berbangsa Sweden bernama Ingvar Kamprad telah berjaya mengasaskan IKEA. Nama IKEA diambil daripada perkataan pertama nama, ladang dan kampung beliau.  

IKEA, beliau telah berjaya merevolusikan dunia perabutan. Beliau mendapat idea untuk menjual barangan secara berasingan. Beliau kemudianya mengembangkan idea tersebut, menggunakan puzzles sebagai contoh. Pelanggan digalakkan untuk memasang bukan sahaja perabot, tapi rumah mereka juga dengan produk IKEA, menghasilkan berjuta kombinasi menarik rumah dan perabot.  

Hari ini, IKEA mempunyai hampir 400 cawangan gudang di seluruh dunia. Ianya bukan sekadar sebuah gudang, tetapi juga taman hiburan.  

6. Kevin Systrom - Instagram 

kevin systrom instagram 243

Sumber Foto: corporate.walmart.com

Kevin Systrom amat meminati bidang fotografi dan sangat obses untuk memulakan sebuah start-up. Selepas tahun ketiga beliau di Stanford University, beliau telah pergi ke Florence, Itali untuk belajar tentang fotografi dan telah diberi sebuah Holga 1982 (kamera klasik). Kamera filem ini mengambil gambar retro berbentuk petak. Hasilnya sangat menarik tanpa perlu apa-apa usaha tambahan oleh seorang jurugambar.  

Hal ini telah menjadi sumber inspirasi kepada Systrom untuk membuat sebuah platfom yang akan memberikan servis untuk menghasilkan karya-karya hebat daripada fotografi yang kurang kualitinya. Pada 6 Oktober 2010, Instagram telah dilancarkan di dalam App Store, maka bermulalah era fotografi telefon pintar. Pada tahun 2012, Instagram telah dibeli oleh Facebook dengan bayaran sebanyak USD$ 1billion. 

Hari ini, perlukah lagi untuk penulis ceritakan? Tanya diri anda, boleh anda bayangkan hidup anda tanpa Instagram? 

5. Harry, Albert, Sam dan Jack Warner - Warner Bros 

harry albert sam dan jack warner warner bros

Sumber Foto: pinterest.com

Pada tahun 1918, 4 orang Amerika Syarikat (AS) sangat sukakan panggung wayang, mereka adalah adik beradik bernama Harry, Albert, Sam dan Jack Warner. Mereka inilah yang menubuhkan Warner Bros. Harry dan Albert menjaga hal ehwal kewangan, manakala Sam dan Jack mengendalikan pembuatan filem. Studio inilah yang pertama menghasilkan filem bermusik pertama (The Jazz SInger, 1927), filem genre horror berbunyi pertama (The Terror, 1928) dan filem berwarna pertama (On with the Show!, 1929). 

Hari ini, kehadiran logo syarikat ini pada permulaan movie membuatkan ramai bersemangat untuk menonton filem di skrin.  

4. Ole Kirk Christiansen - LEGO 

ole kirk christiansen lego

Sumber Foto: pinterest.com

Pada tahun 1932, seorang tukang kayu berbangsa Denmark bernama Ole Kirk Christiansen telah bankrap, menjadi duda, dan yang tinggal bersamanya hanyalah 4 orang anak di dalam dakapan beliau.  

Untuk memastikan mereka tidak patah semangat dan menggembirakan mereka, beliau mula menghasilkan mainan buat anak-anak beliau. Kemudiannya, ciptaannya diketahui umum dan mendapat permintaan ramai dan beliau mula menjual permainan tersebut.  

Beliau menamakan mainannya LEGO, yang diambil daripada perkataan Danish iaitu "leg Godt" yang bermaksud untuk bermain dengan riang ria. Beliau kemudiannya membuka sebuah kedai, dapat mencapai kejayaan di seluruh dunia pada 1954 kerana permintaan yang tinggi.  

Hari ini, terdapat mainan, dan terdapat LEGO. Kisah Ole dan bagaimana beliau berjaya menghasilkan brand terkenal di seantero dunia ini telah diadaptasikan kepada sebuah cartoon yang berjudul The LEGO Story.  

3. Amancio Ortega - ZARA 

amancio ortega zara

Sumber Foto: universum-ks.org

Pada tahun 1975, seorang tukang jahit berbangsa Sepanyol bernama Amancio Ortega berjalan bersama kekasihnya. Mereka berjalan melepasi sebuah kedai di mana Ortega ternampak jubah mandi yang sangat cantik. 

Namun, harganya terlalu mahal, membuatkan beliau berfikir sejenak, mungkin beliau boleh membuat produk yang cantik tapi berpatutan. Kini, rahsia kejayaan Zara terletak di antara fesyen terkini dan menggunakan data yang banyak untuk menjangkakan trend seterusnya yang bakal popular. 

Menariknya, skandal antara raja Sepanyol iaitu King Juan Carlos I dan Hugo Chavez (bekas ahli politik Venezuela) pada tahun 2007 turut mempunyai kesan yang positif terhadap perniagaan Ortega. Zara telah mencetak lebih kurang sejuta T-shirts "Why don't you shut up?" kata-kata oleh King Juan terhadap Chavez. 

Hari ini, Amancio Ortega berada di kedudukan ke-4 dalam senarai orang paling kaya Forbes. 

2. Michele Ferrero - Kinder Surprise 

pietro ferrero michele kinder surprise

Sumber Foto: dailymail.co.uk

Pada tahun 1940, Pietro Ferrero mula membuat manisan dalam bakeri kecilnya. Melalui eksperimennya, beliau menjadi terkenal di Itali dan kemudiannya di seluruh dunia.  

25 tahun berikutnya, perniagaan beliau diambil alih oleh adiknya, kemudian anak saudara beliau, iaitu Michele. Michele adalah orang yang bertanggungjawab mencipta Kinder Surprise, berinspirasikan tradisi Easter di Itali iaitu untuk membuat manisan dengan kejutan di dalamnya. Jualan pertama Michele habis dalam tempoh masa hanya sejam. 

Hari ini, Ferrero diambil alih oleh anak-anak lelaki Michele, yang juga bernama Pietro dan Giovanni. Antara produk Ferrero yang menjadi kegemaran penulis adalah Nutella dan Ferrero Rocher. 

1. Steve Jobs - Apple 

steve jobs apple iphone

Sumber Foto: dailymail.co.uk

Komputer Apple yang pertama telah dikeluarkan pada April Fool 1976 dengan harga USD$666.66. Apa yang kemudiannya terjadi antara pengasas syarikat ini, iaitu Steve Jobs dan Steve Wozniak telah diketahui umum. Tahun 2007 merupakan tahun revolusi bagi Apple, di mana iPhone pertama telah dilancarkan, mengubah dunia telefon pintar. Ketika pelancaran, Steve Jobs berkata sekiranya iPhone menguasai hanya 1% market, ia sudah mencukupi. Sudah tentu beliau tidak akan berhenti di situ.  

Hari ini, iPhone memenuhi 15% ruangan market telefon pintar. Jangan bagi penulis tulis pasal MacBooks pula, tak habis nanti.  

Kesimpulan 

Mereka-mereka ini sebenarnya bukanlah genius. Namun, mereka ini adalah golongan yang tidak mengenal erti putus asa. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Percayalah, anda pun mampu melakukan apa yang mereka lakukan.

Usaha secara berterusan, pedulikan kata orang. Mereka tidak melalui apa yang kita lalui. Sesiapapun boleh berjaya, asalkan usaha ada, mental kuat, berani mencuba sesuatu yang baru walaupun pelik, anda Insyallah akan berjaya. 

Jangan lupa mohon doa kedua ibu bapa. Merekalah yang sentiasa mendoakan kebaikan kita, memberi sokongan di kala orang lain skeptikal terhadap kita. Usaha, doa dan tawakkal. 

Lain-lain individu yang memulakan syarikat ternama dunia:

  • Bill Gates - Microsoft
  • Mark Zuckerberg - Facebook
  • Walt Disney - Disney
  • John D. Rockefeller - Standard Oil Company

Rujukan: 

  1. Brightside



Hakcipta iluminasi.com (2017)