Kredit foto: Instagram Azhar & Instagram Akademi Fantasia

Penyanyi Azhar sebenarnya sudah menjangkakan penyingkirannya di AF Megastar Ahad lalu.

Kata Azhar, ramalannya adalah berdasarkan penilaian terhadap persembahan peserta-peserta lain yang ternyata jauh lebih hebat.

Dia mengakui kelemahannya beraksi adalah dipengaruhi oleh kekurangan pengalaman menyanyi secara solo.

tersingkir af megastar azhar rasa tak layak 2

Kredit foto: Instagram Azhar

Sebenarnya saya masih lagi rasa kekok membuat persembahan seorang di atas pentas. Rasa kekok dan gementar itu telah membuatkan saya melakukan beberapa kesilapan dalam persembahan malam tadi. Jadi bila dinilai, saya rasa saya tak layak untuk terus berada di AF Megastar dengan bintang-bintang yang sudah melakukan persembahan yang hebat belaka. Malah saya sudah menduga penyingkiran saya pada malam ini.
Sumber: Astro Gempak

Azhar membuat kenyataan tersebut selepas tamatnya Konsert Ketiga AF Megastar yang berlangsung pada Ahad.

Selain Azhar, penyanyi Adira turut menjadi mangsa segmen penyingkiran sulung program itu. 

Dalam pada itu, Azhar berkata, dia merancang untuk kembali bergiat dalam dunia lakonan selepas mengenepikan beberapa tawaran sebelum ini.

Bagaimanapun, bekas penyanyi kumpulan Azhael itu turut bercadang untuk tampil dengan single baru kerana ingin menyeimbangkan kerjaya seninya.

tersingkir af megastar azhar rasa tak layak 3

Kredit foto: Instagram Azhar

Sebenarnya saya telah menolak lebih tiga tawaran berlakon demi memberi tumpuan dalam AF Megastar. Jadi selepas ini saya boleh kembali aktif dalam bidang lakonan semula. Namun saya merancang untuk muncul juga dengan sebuah single supaya bidang lakonan dan nyanyian saya boleh seiring.
Sumber: Astro Gempak

Minggu hadapan bakal menyaksikan 10 peserta yang tinggal berentap untuk merebut kedudukan di peringkat seterusnya.

Mereka adalah Syamel, Bob, Ewal, Idayu, Indah Ruhaila, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Sufi Rashid, dan Amir.

AF Megastar ke udara setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.




Hakcipta iluminasi.com (2017)