Oleh pada 16 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Azhar Osman & Twitter Azmira

Penyanyi Azhar enggan lagi bersembunyi dalam membicarakan soal cinta selepas hubungannya dengan penyanyi Amira Othman gagal tahun lalu.

Kata Azhar, dengan pengalaman yang dimilikinya, dia kini mengubah haluan untuk memiliki cinta wanita yang tidak mempunyai kaitan dengan dunia hiburan.

Ini kerana bekas penyanyi kumpulan Azhael itu tidak mahu topik perbualannya dengan pasangan kekasih nanti hanya tertumpu kepada bidang kerjaya sahaja.

azhar tak mahu lagi bercinta dengan artis 2

Kredit foto: Instagram Azhar Osman

Saya dalam fasa percintaan dengan gadis dikenali Syu, memang kalau boleh saya mahukan seorang teman wanita yang bukan dalam industri hiburan. Sejujurnya saya tak serik bercinta dengan artis, cumanya saya menggunakan pengalaman yang ada untuk kebaikan akan datang. Apabila bercinta dengan orang luar daripada bidang ini, banyak perkara yang boleh dibualkan dan tidaklah asyik bercerita mengenai kerja sahaja.
Sumber: Mstar

Terdahulu, Azhar dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan kepada Mstar Online pada 4 Julai lalu mendedahkan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang.

Mengulas lanjut mengenai perkahwinan, Azhar berkata, dia tidak mempunyai sebarang perancangan buat masa ini.

Namun berharap hajatnya mengakhiri zaman solo dapat dilaksanakan sebelum usia 32 tahun.

Kalau boleh saya nak berkahwin dalam usia 31 tahun, kiranya umur begitu dah sesuai untuk saya memikirkan masa depan. Sebagai lelaki, pastinya kita mahu membina keluarga bahagia, namun semuanya bergantung kepada takdir dan jodoh.
Sumber: Mstar

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 29 tahun itu melahirkan perasaan terkejut kerana terpilih sebagai antara 12 peserta konsert mingguan AF Megastar.

Dengan peluang yang diperoleh, dia mahu membuktikan keupayaan yang ada, sekaligus menutup suara-suara sumbang yang mempertikaikan pemilihannya ke pentas pertandingan itu.

Malah penyertaan tersebut turut meraih sokongan daripada orang terdekat termasuk keluarga, para peminat dan kekasih.

azhar tak mahu lagi bercinta dengan artis 3

Kredit foto: Instagram Azhar Osman

Biarlah orang nak kata apa pun, saya akan cuba buat sehabis baik minggu ini dan buktikan kepada mereka di luar sana yang saya layak untuk berada di pentas ini. Saya tidak akan sia-siakan peluang ini dan berjanji untuk memberikan persembahan terbaik. Malah kekasih, keluarga dan peminat merupakan sumber kekuatan dan semangat untuk terus bersaing dalam program ini.
Sumber: Mstar

Menerusi persaingan AF Megastar, Azhar bakal dicabar oleh 11 lagi penyanyi lain iaitu Adira, Bob, Idayu, Indah Ruhaila, Syamel, Sufi, Ewal, Marsha, Shahir dan Amir.

Konsert AF Megastar ke udara secara langsung di saluran Astro Ria, setiap hari Ahad, jam 9 malam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)