senarai lagu konsert separuh akhir af megastar

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Malam ini bakal berlangsungnya Konsert Separuh Akhir AF Megastar bertemakan 'Lagu Hits' dan 'Lagu Duet'.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, kesemua tujuh peserta yang berentap diberikan tanggungjawab lebih berat kerana tugasan dua lagu dalam tema yang berlainan.

Mereka yang bakal bersaing merebut tempat ke peringkat akhir ialah Bob, Marsha, Amir Jahari, Idayu, Syamel, Amir dan Shahir.

Untuk tema duet, para peserta bakal bergandingan dengan nama-nama besar dalam industri muzik iaitu penyanyi Dayang Nurfaezah, Siti Nordiana, Black, Jaclyn Victor, Azharina Azhar, Bam Samsons dan Awi Rafael.

Berikut kami sertakan senarai lagu yang dipertaruhkan.

1. Shahir – Tugasan Solo: Warkah Untuk Ku (Ara) & Tugasan Duet: Hello (Adele) bersama Awi Rafael

2. Syamel – Tugasan Solo: Sedalam-Dalam Rindu (Tajul) & Tugasan Duet: Di Pintu Mahligai (Iklim) bersama Black

3. Amir – Tugasan Solo: Kullul Hubbi (Faizal Tahir) & Tugasan Duet: Dirgahayu (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir) bersama Siti Nordiana

4. Bob – Tugasan Solo: Asal Kau Bahagia (Armada) & Tugasan Duet: Kerna Hati Ini Telah Dilukai (Ajai & Krisdayanti) bersama Dayang Nurfaizah

5. Marsha – Tugasan Solo: Menahan Rindu (Wany Hasrita) & Tugasan Duet: Lay Me Down (Sam Smith) bersama Jaclyn Victor

6. Idayu – Tugasan Solo: Segala Perasaan (Datuk Siti Nurhaliza) & Tugasan Duet: Kerna Ku Sanggup (Agnes Monica) bersama Azharina

7. Amir Jahari – Tugasan Solo: Sabar (Ismail Izani) & Tugasan Duet: Kenangan Terindah (Samsons) bersama Bam Samsons

Konsert Separuh Akhir AF Megastar berlangsung malam ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria. 


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)