Pada masa kini, penciptaan robot telah mula mengambil alih tugas-tugas manusia. Akibatnya ramai manusia hilang pekerjaan memandangkan tugas mereka dianggap tidak lagi relevan kerana sudah digantikan dengan robot.

Dijangkakan pada masa hadapan lebih ramai manusia akan hilang pekerjaan kerana tugas mereka akan diambil alih oleh robot. Penggunaan robot ini dipercayai dapat menjimatkan kos dan meningkatkan produktiviti. Ini adalah fakta sedih yang terpaksa diakui oleh kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan bantuan kecerdasan buatan (artificial intelligent - AI), potensi robot dapat dioptimumkan untuk melakukan lebih banyak perkara, antaranya menjadi doktor yang berupaya melakukan diagnosis terhadap pesakit dan banyak lagi perkara tanpa perlu dikawal oleh manusia secara berterusan.

Dari aspek ketenteraaan pula, sudah banyak kelengkapan dan senjata yang telah diperhebatkan dengan bantuan teknologi. Malah, terdapat juga segelintir pihak yang menjangka bahawa satu hari nanti unit ketenteraan yang terdiri daripada robot bakal wujud.

Rancangan jangka masa panjang

uk bakal perkenal robot dalam ketenteraan

Idea tersebut nampaknya semakin menjadi realiti apabila ketua tertinggi angkatan tentera British membuat pendedahan bahawa mereka menjangkakan satu perempat daripada kekuatan tentera British akan dikuasai oleh robot menjelang tahun 2030.

Berdasarkan perkiraan ini, sekiranya mereka mempunyai 90 ribu anggota tentera manusia, maka tambahan 30 ribu lagi adalah robot. Walau bagaimanapun, nombor ini bukanlah nombor sebenar sebaliknya hanya anggaran yang diberikan.

Jika dihitung dari masa kini, ini bermakna mereka menjangkakan dapat merealisasikannya dalam tempoh 10 tahun sahaja. Tempoh 10 tahun ini bukanlah tempoh yang lama.

Pendedahan ini dibuat oleh General Sir Nick Carter dalam satu temubual bersama stesen Sky News. Menurutnya, ketidaktentuan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik koronavirus meningkatkan risiko Perang Dunia Ketiga, sambil menambah bahawa tentera robot kelak dapat membentuk sekurang-kurangnya seperempat tentera British menjelang tahun 2030.

Apabila disebut sebagai robot, menurut beliau ia merangkumi sebilangan besar mesin automatik dan mesin kawalan jauh. Penciptaan tentera robot ini bukanlah bermakna British mahukan peperangan, sebaliknya hanya sebagai persediaan pertahanan sekiranya berlaku perang.

Peningkatan ketegangan dan konflik kuasa-kuasa besar dunia

konflik dunia

Menurut Sir Nick Carter, ketegangan antara kuasa-kuasa besar dunia kini menimbulkan ketegangan dan peningkatan risiko perang. Menurutnya lagi, jika kita melihat kembali sejarah, kita seharusnya belajar dan perlu berhati-hati tentang bagaimana pelbagai konflik ini diuruskan.

Tersilap percaturan, dalam sekelip mata sahaja Perang Dunia Ketiga boleh meletus pada bila-bila masa. Maka, projek pembangunan ini penting sebagai langkah berjaga-jaga. 

Buat masa ini, beliau masih lagi membincangkan perkara ini dengan kerajaan terutamanya berkaitan bajet untuk membangunkan teknologi ini dan yakin akan mendapatkan peruntukan untuk jangka masa panjang, sekurang-kuragnya untuk 5 tahun ke hadapan.

Masalah merekrut keanggotaan tentera

tentera british 527

Sama seperti kebanyakan negara lain, tentera British juga mengalami kesukaran untuk merekrut golongan muda bagi menyertai mereka. Perkara ini bukanlah masalah baru tetapi sudah berlanjutan bertahun-tahun lamanya. Maka, satu solusi perlu diambil. 

Selama beberapa tahun kebelakangan ini, pihak tentera British hanya mempunyai keanggotaan ahli seramai 73,870, jauh daripada sasaran 82,050 anggota yang dikehendaki.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak tentera sedang melakukan beberapa projek penyelidikan bagi menampung kekurangan ini dengan menggunakan teknologi. Antara kajian yang sedang dijalankan termasuklah melibatkan beberapa drone kecil atau kenderaan darat atau kenderaan bawah laut yang mampu dikawal dari jarak jauh.

Tidak semua teknologi yang dibangunkan ini bersenjata dan ada yang digunakan untuk tujuan pengintipan. Penyelidikan tambahan dalam peperangan robot diperlukan sebelum mesin autonomi ini mempunyai kemampuan dan kebenaran untuk menembak dalam senario pertempuran.

Kredit:

  1. The Guardian
  2. Fox News



Hakcipta iluminasi.com (2017)