Bagi yang mengikuti perkembangan dari Korea Selatan, pasti anda mengetahui bahawa negara ini mempunyai satu dasar perkhidmatan tentera yang wajib bagi warga lelaki.

Kerahan tenaga di Korea Selatan telah wujud sejak tahun 1957 yang mana mewajibkan warga lelaki bertubuh badan sempurna yang berumur antara 18 dan 35 yang untuk melaksanakan perkhidmatan tentera wajib.

BESARKAN TEKS     A-  A+

khidmat negara tentera askar korea selatan rain

Wanita tidak dikehendaki melakukan perkhidmatan ketenteraan, tetapi boleh mendaftar secara sukarela.

Secara teknikalnya, Korea Selatan masih dalam peperangan dengan Korea Utara dan ini merupakan satu tindak balas kepada ancaman yang ditimbulkan oleh Korea Utara.

Penubuhan pengerahan tenaga ketenteraan Korea Selatan

tentera korea selatan 2

Asas bagi pengerahan tentera di Korea Selatan adalah Perlembagaan Republik Korea, yang telah diisytiharkan pada 17 Julai 1948.

Perlembagaan menyatakan dalam Perkara 39 bahawa, "Semua rakyat hendaklah melakukan kewajipan pertahanan negara di bawah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Akta".

Akta Perkhidmatan Tentera 1949, yang telah dilaksanakan pada tahun 1957, menyatakan bahawa perkhidmatan tentera wajib dilaksanakan bagi lelaki berumur 19 tahun ke atas.

Pengambilan dikendalikan oleh Pentadbiran Tenaga Ketenteraan, yang ditubuhkan pada tahun 1948.

Syarat dan keperluan menyertai perkhidmatan tentera

pelakon dan penyanyi rain berkhidmat

Mengikut undang-undang, apabila lelaki Korea berumur 18 tahun, dia disenaraikan untuk "perkhidmatan warganegara pertama", yang bermaksud dia bertanggungjawab terhadap tugas ketenteraan tetapi belum lagi diperlukan untuk berkhidmat.

Apabila dia berumur 19 tahun (atau, dalam beberapa situasi, berusia 20 tahun), dia dikehendaki menjalani peperiksaan fizikal untuk menentukan sama ada dia sesuai untuk perkhidmatan ketenteraan atau tidak.

Warga lelaki wajib mendaftar setelah berusia 28 tahun.

Jenis perkhidmatan dan tempoh

tentera wanita korea selatan

Tempoh perkhidmatan ketenteraan wajib di Korea Selatan berbeza berdasarkan cawangan ketenteraan.

Tentera bertugas aktif perlu berkhidmat selama 21 bulan bagi Tentera Darat atau Kor Marin, 23 bulan bagi Tentera Laut dan 24 bulan bagi Tentera Udara.

Selepas tentera menamatkan perkhidmatan ketenteraan mereka, mereka secara automatik ditempatkan dalam jadual simpanan dan diwajibkan menghadiri latihan tentera tahunan untuk beberapa hari selama 6 tahun. 

Kakitangan tugas tidak aktif, atau kakitangan "perkhidmatan tambahan" berkhidmat untuk tempoh yang berbeza.

24 bulan untuk kakitangan kerja sosial atau kakitangan perkhidmatan kerjasama antarabangsa, 34 bulan untuk kakitangan seni dan sukan atau kakitangan teknikal perindustrian dan 36 bulan untuk doktor kesihatan, peguam, doktor haiwan atau penyelidik pakar. 

tentera korea selatan

Korea Selatan pada masa ini adalah antara negara yang mempunyai tempoh perkhidmatan ketenteraan terpanjang di dunia, hanya berada di belakang Israel, Singapura dan Korea Utara.

Pada tahun 2010, terdapat peningkatan tekanan daripada orang awam untuk sama ada memendekkan tempoh kerahan tenaga ini atau beralih kepada perkhidmatan ketenteraan sukarela, dan pendapat daripada pakar-pakar untuk menghapuskannya secara berkala bukannya menghapuskan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, pada Disember 2010, selepas mengambil kira kejadian kapal ROKS Cheonan yang tenggelam dan insiden Pengeboman Yeonpyeong, kerajaan Korea Selatan berkata ia tidak akan mengurangkan tempoh perkhidmatan berkenaan.

Pengecualian kepada atlet dan penghibur

pengecualian perkhidmatan tentera korea utra

Diktator Park Chung-hee memperkenalkan pengecualian untuk atlet pada tahun 1973 dalam usaha untuk memenangi lebih banyak pingat untuk negara, tetapi sesetengah ahli sejarah percaya bahawa sukan juga berfungsi sebagai gangguan terhadap situasi kerajaan yang tidak popular pada ketika itu.

Selepas memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Musim Panas 1976, ahli gusti Yang Jung-mo telah diberikan pengecualian pertama.

Pada 1980-an, presiden Chun Doo-hwan menjanjikan pengecualian kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat dalam Sukan Olimpik Asia 1986 atau Olimpik Musim Panas 1988. 

Apabila Korea Selatan menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 2002, pasukan kebangsaan mereka dijamin pengecualian jika mereka mampu sampai ke pusingan 16.

Janji yang sama telah dibuat kepada pasukan besbol kebangsaan pada tahun 2006 jika pasukan itu mencapai separuh akhir di World Baseball Classic.

Perkara ini mencetuskan kemarahan umum dan sejak itu pengecualian yang sama tidak lagi diberikan.

Peraturan-peraturan kerahan tenaga ketika ini menetapkan bahawa atlet yang memenangi pingat di Sukan Olimpik atau pingat emas di Sukan Asia diberikan pengecualian dari perkhidmatan ketenteraan dan diletakkan di Gred 4.

Mereka dikehendaki melakukan latihan asas ketenteraan selama 4 minggu dan terlibat dalam bidang sukan selama 42 bulan.

park tae hwan

Selepas itu, mereka secara automatik ditempatkan dalam jadual simpanan dan diwajibkan menghadiri beberapa hari latihan tentera tahunan selama 6tahun.

Secara praktikalnya, selepas atlet menamatkan latihan asas ketenteraan selama 4 minggu, mereka dapat meneruskan kerjaya sukan mereka sendiri selama 34 bulan ketika mereka berkhidmat dalam ketenteraan. 

Dasar ini menyebabkan ramai jurulatih dituduh memilih pemain yang terdesak untuk mengelak daripada perkhidmatan ketenteraan dan bukannya memilih atlet terbaik untuk mewakili negara.

Ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka mengejar bidang sukan dengan harapan mereka menerima pengecualian. 

Walaubagaimanapun, atlet E-sukan tidak dikecualikan daripada kerahan tenaga ini. Sebanyak 220 pengecualian telah diberikan sejak tahun 2008 hingga 2018.

Pengecualian juga diberikan kepada pemuzik yang terdiri daripada pemain biola, pemain piano, dan ahli balet tetapi tidak kepada bintang, pelakon atau pengarah K-pop.

Bantahan terhadap kerahan tenaga

tentera korea selatan 3

Hak untuk bantahan tidak diiktiraf di Korea Selatan. Biasanya, lebih daripada 400 orang dipenjarakan pada suatu masa kerana enggan melaksanakan perkhidmatan ketenteraan, atas alasan politik atau agama.

Pada 1 November 2018, Mahkamah Agung Korea Selatan memberikan kebenaran untuk bantahan sebagai asas untuk menolak perkhidmatan tentera yang wajib.

Elaun perkhidmatan

Perkhidmatan ketenteraan wajib ini memberikan elaun kepada para tentera, dengan kadar seperti berikut:

  1. Prebet - RM1,104
  2. Prebet kelas pertama - RM1,195 sebulan
  3. Koperal - RM1,321 sebulan
  4. Sarjan - RM1,464 sebulan



Hakcipta iluminasi.com (2017)