BTS yang merupakan akronim kepada Bangtan Sonyeondan, adalah nama terbesar di Korea Selatan dan juga di seluruh dunia ketika ini.

Mereka adalah kumpulan pertama yang mempunyai tiga album yang menduduki carta No.1 dalam tahun yang sama, yang mana kali terakhir dilakukan oleh The Beatles.

Dan video muzik mereka untuk "Boy With Luv" memecahkan rekod untuk video YouTube yang paling banyak ditonton dalam masa 24 jam apabila ia dikeluarkan pada April 2019.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Forbes menyenaraikan kumpulan ini dalam senarai 100 penghibur berpendapatan tertinggi di dunia pada tahun 2019. Berada di kedudukan ke-43 daripada 100, mereka memperoleh pendapatan $ 57 juta (sebelum cukai) pada tahun 2018.

Sebilangan besar pendapatan itu berasal dari jelajah dunia "Love Yourself: Speak Yourself", yang mencecah RM180.5 juta, hanya dari enam pertunjukan sahaja di stadium di Amerika Syarikat.

album bts map of the soul persona

Dan itu hanya sebahagian daripada kekayaan mereka.

BTS mengumpulkan kekayaan melalui muzik mereka, jualan album, konsert, barangan, dan tawaran jenama.

Album mereka yang dilancarkan pada April 2019 bertajuk "Map of the Soul: Persona," terjual hampir 3.4 juta salinan dalam tempoh sebulan dan menetapkan rekod tinggi di Korea Selatan.

Mereka juga telah mendarat tajaan daripada jenama seperti Coca-Cola, Hyundai, dan Puma.

Kesan ekonomi melebihi 5.5 Trilion Won (RM20 bilion) setiap tahun

bagaimana bts menaikkan ekonomi korea selatan

Pada Disember 2018, Institut Penyelidikan Hyundai (HRI) melaporkan bahawa BTS menjana sekitar RM14.8 bilion setahun untuk ekonomi Korea Selatan, bersamaan dengan sumbangan 26 syarikat bersaiz sederhana.

Mengikut analisis Statista mengenai pendapatan syarikat laporan 2018, sumbangan BTS kepada KDNK Korea Selatan hampir sama dengan syarikat penerbangan Korean Air.

Dan menurut laporan terbaru, kesan ekonomi yang disebabkan oleh BTS pada kadar RM20.1 bilion.

Apa yang tidak disedari adalah bahawa ini adalah sumbangan yang tersangat mengagumkan kerana tidak ada mana-mana artis Korea Selatan yang pernah memberikan kesan ekonomi sebegini besar.

Artis Korea Selatan, Psy yang terkenal dengan lagu "Gangnam Style", menyumbang kepada nilai ekonomi sekitar RM3.5 bilion manakala pelakon Korea, Bae Yong Joon menyumbang kepada nilai ekonomi sekitar RM10.5 bilion melalui watak utamanya dalam drama Korea paling popular, "Winter Sonata".

psy menyumbang kepada ekonomi korea selatan

Dan hakikat bahawa BTS berjaya melepasi jumlah ini adalah sangat menakjubkan.

HRI meramalkan bahawa kesan ekonomi 10 tahun oleh BTS akan mencapai RM204 bilion, angka yang mana jauh mengatasi jumlah yang disumbangkan Sukan Olimpik Musim Sejuk di PyeongChang pada tahun 2018, yang mencecah RM35.7 bilion.

Menurut laporan akademik, BTS juga bertanggungjawab mewujudkan satu lagi kesan ekonomi sebanyak RM1.7 bilion dari konsert "5th Muster (Magic Shop)" mereka sahaja yang diadakan di Busan dan Seoul pada bulan Jun, 2019.

Bagi Busan dan Seoul, jumlah ini adalah sama dengan 1.6% dan 0.9% daripada KDNK kedua-dua bandar ini pada 2018.

Peningkatan dalam industri pelancongan

bts meningkatkan industri pelancongan korea selatan

HRI melaporkan bahawa seramai 796,000 warga asing melawat Korea Selatan setiap tahun disebabkan oleh BTS, yang mana mereka telah mempromosikan industri pelancongan tempatan secara tidak langsung.

Daripada 10.41 juta orang, 7.6% daripada mereka yang datang ke Korea Selatan pada tahun 2017 dipengaruhi oleh BTS, ini bermakna 1 daripada setiap 13 pelancong yang melawat Korea Selatan pada tahun 2017 adalah disebabkan oleh mereka.

Sebelum BTS, 650,000 pelancong melawat Pulau Nami di Chuncheon pada tahun 2002, yang merupakan salah satu lokasi penggambaran Winter Sonata, selepas drama itu ditayangkan.

Kerajaan Metropolitan Seoul memberi kredit kepada BTS dalam membantu memulihkan industri pelancongan Seoul yang terjejas akibat larangan THAAD (Terminal High Altitude Area Defense).

konsert bts di korea selatan

Organisasi Pelancongan Korea juga menjalankan kaji selidik di tempat paling popular di Korea Selatan dan lima lokasi teratas yang dipilih pelancong adalah tempat yang berkaitan dengan BTS.

Adalah sangat jarang berlaku bagi mana-mana negara untuk menerima rangsangan dalam industri pelancongan yang disumbangkan oleh kumpulan tertentu dan bukannya disebabkan oleh tempat-tempat atau peristiwa.

Peningkatan eksport barang pengguna Korea Selatan

bts meningkatkan eksport barang pengguna korea selatan

Populariti mereka juga meningkatkan daya tarikan produk Korea Selatan, seperti pakaian, kosmetik, dan makanan.

Pada Disember 2018, HRI juga mendedahkan bahawa BTS bertanggungjawab menyumbang RM4.5 (1.7%) kepada jumlah eksport barangan pengguna Korea pada tahun 2017.

1.7% mungkin dilihatkan sebagai peratusan yang kecil namun ia tersangat besar kerana disumbangkan oleh hanya satu kumpulan artis Korea sahaja.

Satu lagi sebab mengapa jumlah ini sangat besar adalah kerana menurut data Pusat Dagangan Antarabangsa dan laporan Eksport Terunggul Dunia, barangan eksport seperti kosmetik, makanan dan pakaian dianggap sebagai eksport penting Korea Selatan.

kerjasama hyundai dengan bts

Dan laporan terbaru melaporkan bahawa kesan kepada produk pengguna yang dipengaruhi oleh BTS masing-masing bernilai RM8.3 bilion bagi pakaian, RM11.5 bilion bagi produk kosmetik dan RM16.3 bilion bagi makanan.

Bagi industri kereta, BTS kini menjadi duta global SUV "Palisade" untuk Hyundai Motor.

Dan menurut SM2 Networks, Hyundai Motor menerima RM2.07 bilion dalam hasil promosi daripada kerjasama dengan kumpulan itu, membuktikan betapa kuatnya "Kesan BTS" ini.

Peningkatan dalam BOP Korea Selatan

bts di peringkat antarabangsa

Sistem Statistik Ekonomi Bank Korea menyatakan bahawa Baki Pembayaran (BOP) Korea Selatan, iaitu imbangan pembayaran yang merupakan jumlah transaksi ekonomi antara negara dan dunia untuk muzik dan hiburan mencapai RM471 juta pada suku pertama 2019.

Dan ini kerana 2 faktor utama, iaitu peningkatan hubungan antara China dan Korea Selatan serta kejayaan antarabangsa BTS.

Apa yang menarik adalah ini merupakan lebihan BOP tertinggi yang direkod sejak suku ketiga 2016 yang dicatatkan pada jumlah RM543 juta.

Hakikat BTS menyumbang dalam meningkatkan lebihan BOP adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Peningkatan saham pelaburan untuk agensi hiburan

bts dan ellen degeneres

Apabila China mengenakan larangan THAAD pada 2016, saham syarikat hiburan terjejas teruk kerana China adalah salah satu daripada negara-negara utama bagi industri hiburan Korea dari segi pelaburan dan eksport.

Dan disebabkan oleh BTS, saham pelaburan syarikat hiburan bertambah baik dan kini mereka memberi tumpuan kepada pasaran Amerika dan Eropah.

Mempromosikan bahasa dan budaya Korea 

bts dalam video muzik idol

Forum Ekonomi Dunia, iaitu satu forum antarabangsa untuk pemimpin perniagaan yang berkuasa, pemimpin politik antarabangsa, ahli ekonomi teratas dan lain-lain, membuat laporan khas di mana mereka bercakap mengenai BTS dan globalisasi.

Kejayaan global BTS dilihat sebagai sesuatu bertentangan dengan "kebudayaan popular" kerana budaya Amerika adalah budaya "global" utama di seluruh dunia (menjadikan Bahasa Inggeris bahasa global) dan Korea tidak termasuk dalam 10 bahawa utama yang dituturkan.

Ini menjadikan kejayaan mereka lebih mengagumkan.

budaya korea bts

BTS mempamerkan budaya dan bahasa Korea mereka di seluruh dunia melalui muzik dan idea mereka yang berjuang melawan segala kemungkinan.

Menurut Pusat Gugak Negara Korea, terdapat juga peningkatan permintaan dan minat terhadap muzik tradisional Korea mengakibatkan pengenalan bunyi lebih daripada 50 jenis instrumen.

Ini disebabkan oleh prestasi langsung lagu hit "IDOL" di seluruh dunia di Melon Music Awards 2018, di mana mereka menggabungkan bunyi tradisional Korea dengan lagu yang menarik perhatian penonton tempatan dan global.

Kumpulan sivik iaitu Nation's People Preserving the Korean Language, memilih BTS sebagai "Top Promoter of the Korean Language" pada tahun 2018 kerana mempromosikan dan meningkatkan minat terhadap bahasa Korea di seluruh dunia.

Rujukan:

1. The Straits Times

2. Medium

3. https://amherststudent.com/article/thebtseffectwhyweallshouldbepartofthearmy




Hakcipta iluminasi.com (2017)