big bang

Korea Selatan kini menjadi sangat popular di Malaysia disebabkan oleh industri hiburan mereka yang semakin mendapat tempat. K-Pop, K-Drama dan macam lagi membuatkan gadis-gadis menggilai negara ini.

Selain itu, Korea Selatan merupakan sebuah negara maju yang menjadi kuasa besar di dunia. iluminasi.com ingin berkongsi 25 fakta menarik mengenai negara ini.

1. Perkataan 'Korea"

korea selatan sangat indah

"Korea" berasal dari perkataan "Goryeo", yang bermaksud "tinggi dan jelas". Nama tersebut diberikan kepada dinasti yang ditubuhkan pada tahun 918 SM oleh Jeneral Wang Geon.

2. Mati dan dakwat merah

Seseorang itu dikatakan akan mati, atau sudah mati jika namanya ditulis dengan dakwat merah.

3. Masalah obesiti

Kalau anda perasan, kebanyakan saiz badan orang Korea Selatan kurus dan ramping. Ini kerana hanya 3.2% daripad populasi Korea Selatan, iaitu 1.64 juta daripada 51 juta, mempunyai masalah berat berlebihan. Peratusan itu membuatkan Korea Selatan sebagai negara dengan populasi obes terendah di dunia, bersama-sama Jepun.

4. Lelaki dan mekap

jejaka korea bersolek

Kaum lelaki di Korea Selatan sangat suka bersolek. Dianggarkan sebanyak RM3.78 billion dibelanjakan dalam membeli alat solek oleh kaum lelaki di negara ini. Hapmpir 20% daripada mereka bersolek dengan kerap.

5. Lakonan semula jenayah

Antara amalan popular di negara ini adalah "lakonan semula jenayah". Apabila seseorang itu menjadi suspek ke rogol atau bunuh, mereka akan dibawa oleh pihak polis dalam keadaan bergari ke tempat kejadian, dan diarahkan untuk melakonkan semula jenayah yang dilakukan. Ia dilakukan secara terbuka dan dilihat oleh orang awam.

Tak cukup dengan itu, pihak media akan dijemput untuk mengambil gambar dan menerbitkan mengenai jenayah itu, untuk memalukan penjenayah tersebut.

6. iPhone vs Samsung

iphone 619

Walaupun kedua-dua syarikat ini merupakan seteru utama, namun mikrocip yang digunakan oleh iPhone, sebenarnya dibuat di Korea Selatan, oleh syarikat Samsung. Pelik kan?

7. Pasaran terbesar pembedahan plastik

pembedahan plastik

Pasaran pembedahan plastik di Korea Selatan adalah pasaran per kapita terbesar di dunia. Anggaran di antara 20% hingga 33% wanita di Seoul menjalani sekurang-kurangnya 1 pembedahan. 

8. Internet terpantas di dunia

Sejak tahun 2015 hingga 2017, Korea Selatan menduduki kedudukan pertama dari segi purata kelajuan internet terpantas di dunia iaitu 28.6 Mbps. 100% daripada kawasan di negara ini mempunyai akses internet.

9. Zon Bebas Tentera

dmz

Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan Korea Selatan dan Korea Utara dianggap sebagai tempat paling seram di dunia, oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.

10. Bayi dan jenis darah

Selepas dilahirkan, bayi akan dikelaskan mengikut jenis darah. Ia berasal dari Jepun yang menjadi budaya penting di Korea Selatan. Ia juga mungkin menentukan dengan siapa seseorang itu akan berkahwin.

11. Obses beli-belah

Disebabkan orang Korea Selatan suka membeli belah, ia mempunyai antara pusat membeli belah terbesar di dunia, yang buka seawal jam 4 pagi.

12. Penggunaan robot menggantikan manusia

robot pengawal penjara

Pada tahun 2012, penjara di bandar Pohang telah menjadi penjara pertama di dunia yang menggunakan robot sebagai pengawal penjara, Mereka juga menggunakan robot sebagai guru, dan juga pengawal di Zon Bebas Tentera (DMZ).

13. Usia 1 tahun selepas lahir

Selepas dilahirkan, bayi di Korea Selatan dikira berusia 1 tahun. Jadi, jika anda lahir pada tahun 1990, umur anda pada tahun 2017 adalah 28 tahun. Namun ia tak membawa apa-apa makna kerana mereka biasanya akan tanya tahun kelahiran, dan bukannya umur.

14. Pembedahan kelopak mata

Antara pembedahan plastik yang paling lazim di Korea Selatan adalah kelopak mata. Ia dijadikan sebagai hadiah hari lahir ke-16 bagi kebanyakan keluarga yang berada.

15. Kimchi

kimchi 637

Kimchi adalah makanan kebangsaan negara ini. Ia merupakan gabungan sayuran termasuk kobis sebagai bahan utama, yang digaulkan dengan rempah, dan ditapai dalam tanah selama beberapa bulan. Ia dimakan dengan semua jenis juadah, dan dikatakan mula dihasilkan pada tahun 1250.

16. Penggunaan kad kredit tertinggi di dunia

Sejak tahun 2011, Korea Selatan merupakan negara dengan pengguna kad kredit tertinggi di dunia. Purata sebanyak 129.7 transaksi oleh seorang individu pada tahun tersebut, meninggalkan Amerika Syarikat dengan purata 77.9 transaksi setiap seorang.

17. Daging anjing sebagai juadah

bosingtang

Restoran dan pasar-pasar di Korea menawarkan daging anjing sebagai juadah. Daging anjing dijadikan makanan di Korea Selatan berabad lamanya. Antara menu popular adalah "Bosintang", sup tradisional yang menggunakan daging anjing.

Nureongi adalah baka anjing yang diternak untuk mendapatkan dagingnya, namun anjing belaan biasanya tidak dijadikan makanan.

18. Belian online gunakan Internet Explorer

Terdapat satu undang-undang yang diluluskan pada tahun 1999 yang memerlukan semua pembelian atas talian dan perbankan dilakukan hanya menggunakan Internet Explorer, dan masih digunakan sehingga kini.

19. Taekwondo

taekwondo

Sukan yang paling popular di Korea Selatan adalah seni mempertahankan diri, Taekwondo. Ia bermaksud "cara penumbuk dan kaki". Seni bela diri ini dihasilkan oleh panglima Korea yang mencipta cara bertempur tanpa menggunakan senjata, 2000 tahun yang lalu. Ia juga merupkan satu-satunya sukan yang berasal dari Korea Selatan yang dipertandingkan di sukan Olimpik.

20. Nama keluarga

Kim, Lee dan Park adalah nama keluarga yang paling lazim di Korea Selatan. Lebih daripada 20% daripada nama keluarga di Korea Selatan adalah Kim.

21. IQ nasional tertinggi

Korea Selatan telah diisytiharkan sebagai negara dengan anggaran IQ kebangsaan tertinggi di dunia, oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

22. Sebutan ketika ambil gambar

Orang Korea Selatan tidak menyebut perkataan "cheese" ketika mengambil gambar, sebaliknya menyebut "kimchi".

23. Telefon pintar

telefon pintar banyak digunakan di korea selatan

Penduduk Korea Selatan merupakan pengguna telefon pintar tertinggi di dunia pada tahun 2013, dengan 78.5% atau 39.58 juta rakyatnya memiliki telefon pintar manakala 97.7% daripada mereka yang berumur 18 hingga 24 tahun memiliki telefon pintar.

24. Perkahwinan

Terdapat 2 jenis perkahwinan di Korea Selatan iaitu "yonae" bermaksud berkahwin atas dasar cinta, dan juga "chungmae" iaitu perkahwinan atur. Sesetengah orang Korea Selatan tidak berkahwin dan mereka ini digelar "Big Baby" dalam loghat Korea. 

25. Teksi

teksi biasa

Jika anda ke Korea Selatan, anda akan melihat teksi mereka mempunyai warna berlainan. Ia adalah mengikut tahap servis. Teksi biasa berwarna kelabu atau putih yang dikendalikan oleh pemandu tidak berpengalaman. Manakala teksi berwarna hitam adalah teksi mewah dengan pemandu berpengalaman.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)