Dalam menangani penularan COVID-19, Korea Selatan adalah negara yang wajar dipuji. Walaupun negara tersebut berada di kedudukan 10 teratas jumlah dengan lebih 9,000 kes pada 26 Mac, graf menunjukkan peningkatan kes yang direkodkan daripada hari ke hari kemudiannya makin sedikit.

Seperti yang diketahui umum, kebanyakan kes COVID-19 di Korea Selatan berpunca daripada kultus ajaran sesat Shincheonji atau lebih tepat lagi Pesakit #31 di sana yang dikenali sebagai super-spreader kerana menjangkiti lebih 5000 orang yang lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berbanding negara-negara lain yang mencatatkan rekod COVID-19 yang banyak, terdapat sedikit perbezaan kaedah yang diambil oleh Korea Selatan. Berbanding negara lain, Korea Selatan tidak mengisytiharkan kawalan pergerakan atau lockdown untuk rakyatnya.

Selain daripada galakkan penjarakkan sosial dan amalan kebersihan diri terutamanya tangan, Korea Selatan amat menekankan kepentingan melakukan ujian saringan. Dengan itu, pesakit yang membawa virus ini dapat dikesan segera untuk diasingkan daripada masyarakat, seterusnya memutuskan rangkaian jangkitan penyakit ini.

Belajar daripada MERS

fasiliti ujian covid 19 33

Fasiliti ujian saringan COVID-19

Apa yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan kini merupakan langkah yang diambil setelah mereka mendapat pengajaran berguna daripada peristiwa wabak SIndrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) pada tahun 2015.

Kegagalan mereka mengesan seorang usahawan yang baru pulang dari Timur Tengah dan menjadi pembawa virus tersebut menyebabkan penyakit tersebut merebak dengan cepat disana. Mereka sedar keupayaan membuat ujian saringan dengan pantas membolehkan pesakit diasingkan denga segera, seterusnya mengelakkan jangkitan kepada orang ramai.

Dalam melawan COVID-19, kerajaan telah membangunkan kit ujian saringan walaupun ketika itu kes yang direkodkan masih terlalu rendah. Pada pertengahan Januari, kementerian kesihatan di sana sudahpun mendapatkan bantuan beberapa institusi dan syarikat farmaseutikal yang berkaitan untuk membangunkan kit ujian saringan.

Oleh itu, apa ahli kultus Shincheonji yang berpangkalan di Daegu jatuh sakit pada bulan Februari pihak Korea Selatan dengan pantasnya dapat membuat kepastian bahawa ianya adalah penyakit COVID-19. Bagi kerajaan, ujian saringan awal adalah kunci kejayaan menangani wabak ini.

Kemudahan ujian saringan yang kurang risiko

ujian saringan covid 19

Di Malaysia, ujian saringan hanya dilakukan apabila seseorang individu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapka. Antara kriteria tersebut adalah sejarah perjalanan negara ke berisiko, kontak rapat, kehadiran di majlis perhimpunan tabligh di Sri Petaling dan sebagainya.

Untuk seseorang individu yang membuat saringan, dikatakan 3 orang staf kesihatan diperlukan. Lebih membebankan, staf kesihatan ini perlu kerap menukar pakaian perlindungan keselamatan (PPE) ketika melakukan ujian saringan.

Sementara itu, hospital di Korea Selatan telah memperkenalkan kemudahan menguji koronavirus menggunaan bilik khas yang berbentuk seakan-akan pondok telefon yang membolehkan kakitangan perubatan memeriksa para pesakit dari belakang panel plastik keselamatan.

pondok saringan covid 19

Kemudahan ini merupakan inovasi terbaru dalamusaha negara tersebut untuk menjejaki jangkitan selain dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada staf kesihatan yang bertugas.

Pondok ujian saringan ini menggunakan tekanan udara negatif untuk menghalang sebarang partikel berbahaya daripada keluar dan diletakkan di tempat yang strategik. Kemudahan pondok ujian saringan ini dikenali sebagai "Safe Assessment and Fast Evaluation Technical booths of Yangji Hospital" ataupaun SAFETY.

Setiap individu akan melangkah masuk ke dalam pondok ini untuk konsultansi pantas melalui interkom denga seorang pegawai profesional perubatan. Seterusnya, sampel daripada individu tersebut akan diambil daripada bahagian antara hidung dan kerongkong menggunakan sarung tangan getah panjang yang dibina ke dalam panel.

ujian covid 19

Secara purata, keseluruhan proses mengambil masa kira-kira tujuh minit dan bilik itu kemudian dibasmi kuman dan melalui proses ventilasi bagi memastikan pengudaraan udara yang normal.

Pondok SAFETY yang lebih kecil ini adalah "lebih mudah" untuk dibasmi kuman daripada bilik tekanan negatif biasa dan juga merupakan ruang yang lebih selamat untuk membuat ujian. Pondok ini juga diletakkan di luar bangunan hospital supaya tiada keperluan bangunan hospital disanitasi sekiranya terdapat individu yang disahkan positifN COVID-19.

Selain itu, setiap pondok SAFETY ini hanya menerima satu individu pada satu-satu masa, tidak seperti bilik rawatan biasa yang membolehkan ramai individu masuk pada satu-satu masa. Pengasingan sebegini penting bagi memastikan individu yang positif COVID-19 tidak menjangkiti individu lain yang sihat.

Kredit:

  1. NPR
  2. Channel News Asia



Hakcipta iluminasi.com (2017)