Oleh pada 08 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Sharul Kamal

Seratus merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2022 arahan Feroz Kader, hasil gabungan pengeluaran FJ Pictures Sdn Bhd dan Unomedia Sdn Bhd. Filem ini menampilkan Sharul Kamal sebagai pelakon utama dan diiringi oleh 99 orang pelakon terkenal dalam industri filem tempatan.

Filem ini telah menelan bajet sebanyak RM2 juta dan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 6 Oktober 2022.

Bagi mereka yang belum berpeluang menonton, kini ia tersedia di platform penstriman dalam talian, Netflix mulai dari 3 Mac 2023.

   

filem seratus

Kredit foto: Instagram MIG Online

   

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang Hafiz, seorang pemuda yang terpaksa bertindak pantas apabila ibunya diculik oleh sekumpulan lelaki. Dia berusaha untuk membebaskan ibunya dengan petunjuk yang ditinggalkan oleh arwah bapanya pada sekeping wang kertas RM100. Hafiz hanya mempunyai wang kertas tersebut sebagai klu untuk mendapatkan pendrive yang mengandungi rahsia besar untuk mencari wang tebusan yang dituntut oleh penculik. Dalam usaha menyelesaikan misteri sekeping duit RM100, Hafiz melalui pelbagai situasi yang mencemaskan.

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Mesti Tonton!

Baca: 10 Filem Melayu Terbaru 2023 Mesti Tonton!

   

seratus movie

Kredit foto: Instagram Netflix Malaysia

Pelakon / Cast

Filem ini menjadi sejarah tersendiri apabila menggabungkan 100 orang pelakon terkenal tanah air dalam satu naskhah filem yang sama. Sebagai simbolik kepada judul filem, wang kertas RM100 dijadikan sebagai subjek utama serta menarik penglibatan seratus orang pelakon.

Sharul Kamal bertindak sebagai bintang utama, dan dibantu oleh 99 pelakon lain yang terdiri daripada nama-nama besar dalam industri filem tempatan. Rata-ratanya ditampilkan sebagai 'cameo' untuk memegang watak-watak sampingan. Pemain utama ialah Sharul Kamal, Sara Ali, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Fify Azmi, Shah Iskandar, Hafeez Mikail, Daniella Sya, Fadlan Hazim, Fauzi Nawawi, Marissa Yasmin, Riz Amin, Meor Mohd, Kodi Rasheed, Fara Nadiah dan Shamsul Danish.

Penampilan khas (Cameo):

Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli, Azri Iskandar, Azlee Khairi, Amyza Adnan, Ashraf Muslim, Alvin Chong, Adam Lee, Along Cham, Acong Sweetchild, Adam Shah, Alicia Amin, Adeline Tsen, Adi Putra, Atiq Azman, Aman Graseka, Awie, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Badrul Muhayat, Bell Ngasri, Bella Dally, Chew Kin Wah, Daler Yusuf, Esma Daniel, Elizabeth Tan, Elvina Mohamad, Fara Fauzana, Fazlina Ahmad Daud, Fezrul Khan, Farez Ridzwan, Fahrin Ahmad, Fizz Fairuz, Floor 88, Isa Khan, Issey Fazlisham, Isyariana Che Azmi, Izzue Islam, Jasmin Hamid, Jay Iswazir, Joey Daud, Jaja Iliyes, Kuza, Lydiawati, Lan Siro, Mior Hashim Manap, Mustaqim Bahadon, Nadiya Nisaa, Nafiz Muaz, Nash Elias, Nazrief Nazri, Niezam Zaidi, Nik Michael Imran, Norman Hakim, Nora Danish, Noorkhiriah, Puteri Rafasya, Reen Rahim, Risteena Munim, Ropie Cecupak, Roy Azman, Rusdi Ramli, Ruzana Ibrahim, Santesh, Sean Lee, Shukri Yahaya, Siti Saleha, Sweet Qismina, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Syazuwan Hassan, Talha Harith, Tiz Zaqyah, Ungku Ismail Aziz, Wan Raja, Wan Sharmila, Yusuf Bahrin dan Ziana Zain.

Watak Pelakon

Sharul Kamal sebagai Hafiz

Sara Ali sebagai Sofia

Wan Hanafi Su sebagai Dato Jaafar

Pablo Amirul sebagai King

Fify Azmi sebagai Saadiah

Hafeez Mikail sebagai Kamal

Fauzi Nawawi sebagai Azhar

Shah Iskandar sebagai Geng Tebing 1

Fadlan Hazim sebagai Geng Tebing 2

Meor Mohd sebagai Kuncu King 1

Kodi Rasheed sebagai Kuncu King 2

Daniella Sya sebagai Kuncu King 3

Riz Amin sebagai Samier

Marissa Yasmin sebagai Salmah

Fara Nadiah sebagai Mimi

Shamsul Danish sebagai Hafiz (14 tahun)

   

seratus netflix

Kredit foto: Instagram Sharul Kamal

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Filem Seratus merupakan hasil kerjasama antara FJ Pictures Sdn Bhd dan Unomedia Sdn Bhd, yang diterbitkan dengan sentuhan garapan dan pengarahan oleh sutradara Feroz Kader. Skrip filem pula dihasilkan daripada nukilan Eenaz Mokhtar.

Lagu Tema (OST)

  

Kredit video: OST Filem Seratus

   

Tajuk: Bunga Terindah

Penyanyi: Sharul Kamal

Komposer: Nurzaidi Abd Rahman

Penulis lirik: Nurzaidi Abd Rahman

   

pelakon seratus

Kredit foto: Instagram Sharul Kamal

   

Tarikh Tayangan

Filem ini telah ditayangkan di seluruh pawagam negara pada 6 Oktober 2022 dengan jangka masa tayangan selama 95 minit. Saat ini, penayangan filem ini boleh didapati di platform penstriman digital, Netflix bermula pada 3 Mac 2023.

   

Kredit video: Serratus The Movie Official Trailer | Di pawagam 6 Oct 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)