Bagi peminat filem Marvel Cinematic Universe (MCU), antara adegan atau babak yang ditunggu-tunggu adalah babak selepas kredit filem itu tamat. Boleh dikatakan hampir kesemua filem ter baru MCU mempunyai elemen ini, membuatkan penonton tertunggu-tunggu sehingga tamat bahagian kredit filem itu.

Babak selepas kredit atau "post-credit scene" adalah antara strategi pengarah filem mengacah penonton dengan sambungan filem berikutnya yang mungkin menjadi sambungan kepada filem yang baru sahaja tamat itu. Malah, terdapat juga filem-filem di luar MCU yang turut menggunakan cara yang sama. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun filem-filem MCU ini begitu sinonim dengan babak selepas tamat kredit ini, adakah mereka yang memulakannya? Apakah terdapat filem-filem terawal yang menggunakan strategi sebegini untuk mengacah penonton sebelum MCU mempopularkannya?

Diperkenalkan sejak 1960-an

the silencers

Ya, paparan babak selepas tamat kredit sesebuah filem itu sebenarnya sudah wujud puluhan tahun lalu atau lebih tepat lagi ketika era filem tahun 1960-an. 

Trend ini bermula pada tahun 1960-an apabila kredit (yang semakin lama) berpindah ke penghujung filem, memberi laluan kepada babak pengacah pasca-kredit. Adegan atau babak pasca-kredit pertama kali dimuatkan dalam The Silencers (1966).

Menampilkan Dean Martin dan Daliah Lavi, The Silencers mengikuti ejen rahsia Matt Helm yang keluar dari persaraannya untuk menghalang Big O daripada menjana konflik nuklear global. Filem ini berdasarkan novel dengan nama yang sama oleh Donald Hamilton. Karakter spoof pengintip ini cukup popular untuk menjamin penciptaan tiga filem susulan selepas itu.

The Silencers dipercayai filem pertama memaparkan adegan pasca-kredit yang memaparkan adegan Helm yang dikelilingi oleh wanita cantik dengan kapsyen "Matt Helm Will Return," mengcah penonton untukk filem sekuelnya. 

Murderer’s Row (1966), sekuel kepada The Silencers, keluar kira-kira setahun selepas tahun itu. Tetapi The Silencers tidak hanya menetapkan duluan untuk adegan pasca-kredit: ia mengikat mereka secara intrinsik dengan pembikinan filem francais.

James Bond kini merupakan salah satu francais filem terbesar yang ada dan pada tahun 60-an telah pun memulakan tradisi mengacah penonton sekuel filem yang akan datang.

Bukan sekadar mengacah sekuel

Tidak semua paparan adegan pasca-kredit bertujuan untuk mengacah filem sekuel. Ada yang lebih kepada memberi mesej kepada penonton, seperti dalam kes filem eksploitasi 1968 She-Devils on Wheelatau The Muppet Movie 1979, apabila Animal cuba membawa keluar penonton wayang yang berkeliaran dengan memberitahu mereka untuk “Go Home".

Trend mengacah filem menggunakan adegan pasca-kredit mendapat lebih tarikan pada tahun 80-an dengan kedua-dua Young Sherlock Holmes (1985) dan Masters of the Universe (1987) membangkitkan semula penjahat — Moriarty dan Skeletor — yang telah dikalahkan.

Sekuel Masters of the Universe walaubagaimanapun tidak pernah direalisasikan.  Benar, tahun 80-an dan 90-an menyaksikan banyak filem yang menyelitkan adegan pasca-kredit namun filem sekuelnya tidak pernah menjadi kenyataan. 

Marvel dan kepentingan adegan pasca-kredit

marvel post scene credit

Peningkatan penggunakan adegan pasca-kredit berterusan sepanjang 90-an dan awal 2000-an. Maka memang benar bahawa Marvel tidak mencipta adegan pasca-kredit. Walau bagaimanapun, ia telah mempopularkannya seperti tiada filem lain.

Adegan selepas kredit mereka telah menjadi seperti penghubung antara filem yang menambat mereka semua dalam alam semesta yang sama walaupun, pada awalnya, mereka kelihatan tidak mempunyai apa-apa persamaan.

Walaupun Daredevil (2003) adalah filem Marvel pertama dengan adegan pasca-kredit, Iron Man 2008 adalah filem yang benar-benar melancarkan Marvel Cinematic Universe: khususnya, apabila Nick Fury melawat Tony Stark untuk memberitahunya tentang  kewujudan "Avengers."

Presiden Marvel Kevin Feige menjelaskan bahawa idea untuk menggunakan adegan pasca-kredit dalam MCU datang daripada fakta bahawa sebagai seorang kanak-kanak, beliau benar-benar suka menikmati kredit filem dan melihat siapa yang menjayakan sesebuah filem tersebut.

Apabila menonton filem "Ferris Bueller's Day Off" buat kali pertama, beliau mendapati terdapat adegan tambahan selepas kredit tersebut dan itu merupakan detik transformasi. Beliau menganggapnya sebagai sebuah "ganjaran" kerana mennton kredit sehingga habis.

Beliau pernah memberitahu dalam sebuah wawancara dengan Entertainment Weekly pada 2018 bahawa adegan itu memberi inspirasi kepada tradisi pasca-kredit Marvel hari ini.

5 filem terawal dengan adegan pasca-kredit

babak selepas kredit

Berikut merupakan senarai 5 filem dipercayai yang terawal memaparkan babak atau adegan pasca-kredit:

  1. The Silencers (1966)
  2. She-Devils on Wheels (1968)
  3. House of Dark Shadows (1970)
  4. The Muppet Movie (1979)
  5. Airplane! (1980)

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)