Budaya masyarakat Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan sifat malu dan melindungi maruah.

Jadi apabila berlakunya apa saja bentuk kontroversi melibatkan adegan hangat dalam filem atau drama, kritikan masyarakat terhadap adegan sebegitu akan kedengaran lantang.

Tidak dinafikan memang ada cubaan penggiat industri hiburan kita menggunakan adegan intim sebagai elemen penguat cerita, namun syukurlah kita sebagai masyarakat masih ada rasa malu melihat anak seni tempatan melakonkan adegan sedemikian rupa jadi adegannya biasa tidak melampaui batas. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimanapun, tak dapat dinafikan ada juga filem dan drama yang terlepas sehingga mengakibatkan perbincangan hangat tentang adegan hangat berlaku di dalam masyarakat kita. Berikut adalah lima filem paling berani yang mencetuskan kontroversi ekoran tayangannya.

1. Laga 

laga filem panas marsha milan

Mempamerkan kecantikan Marsha Milan Londoh dalam treler promosinya, filem 'Laga' mengundang kontroversi disebabkan beberapa adegan hangat melibatkan pelakon cantik itu. 

Filem tersebut memaparkan hubungan suami isteri di antara watak Hassan lakonan pelakon veteran Wan Hanafi Su dengan watak Ayu lakonan Marsha, di mana Hassan sanggup mempertaruhkan isteri sendiri untuk dijadikan bayaran sabung ayam.

Selain adegan ranjang kedua-duanya, watak Ayu juga digambarkan menjadi mangsa lelaki gatal lakonan Nasir Bilal Khan, yang tidak malu-malu memanjat pokok hanya untuk mengintai Ayu mandi berkemban.

Walaupun panas, kontroversi yang riuh gagal membawa penonton ke pawagam. Selepas tamat tayangan, 'Laga' hanya mampu mencatatkan kutipan RM158,675 - menjadi antara filem berprofil tinggi paling teruk kutipan bagi tahun 2014.

2. Embun

izi yahya embun adegan panas

Filem yang memaparkan situasi Tanah Melayu ketika berlakunya penjajahan Jepun - 'Embun' mengundang kontroversi setelah pelakon watak jahat dalam filem tersebut (kini Allahyarham) Izi Yahya mengakui dia diarahkan berbogel demi jalan cerita.

Menurut Allahyarham, watak tentera Jepun yang dilakonkannya dikehendaki merogol watak utama filem tersebut Embun, lakonan Umie Aida.

Semuanya dilakukan atas keperluan produksi di bawah arahan Erma Fatima (kakak kepada Umie Aida) yang merasakan penampakan bahagian belakang aktor tersebut lebih realistik dengan wataknya.

Menurut Izi, adegan sebegitu didakwa perlu digambarkan sedemikian rupa bagi membolehkan filem 'Embun' ditayangkan di luar negara serta layak menyertai festival filem luar.

Dalam melakonkan babak tersebut, kru produksi melaksanakan set tertutup bagi memudahkan penggambaran dijalankan. 

Izi diminta melakukan adegan sama beberapa kali, pada mulanya dengan berseluar panjang sehinggalah akhirnya diminta menanggalkan terus semua seluarnya bagi mendapatkan impak yang diingini.

3. Spinning Gasing

spinning gasing adegan panas hangat kontroversi

Filem yang memaparkan nama-nama besar seperti Ellie Suriaty Omar, (Allahyarham) Hani Mohsin, Rosyam Nor, Adam Corrie Lee dan Jalaluddin Hassan ini memang menggemparkan masyarakat kita semasa dilancarkan pada tahun 2001.

Dilaporkan, pada peringkat awal sebelum tayangannya Lembaga Perfileman FINAS merancang untuk mengharamkan terus filem ini sebelum berlembut.

FINAS melaksanakan banyak suntingan ke atas filem ini yang secara terbuka berani memaparkan bukan saja adegan yang agak panas, malahan menjadikan pasangan homoseksual sebagai antara watak utama jalan cerita.

Kekangan yang dihadapi serta kontroversi yang melanda menyebabkan filem ini gagal mengutip kembali kos pembikinannya, yang dikatakan sekitar RM2.4 juta; Spinning Gasing hanya mampu meraih RM485 ribu di pawagam.

Walaupun demikian penerbitan filem ini dalam bentuk VCD dikatakan mendapat sambutan menggalakkan, kerana versi asal filem ini tanpa suntingan menjadi versi utama yang diedarkan dalam setiap cakera padat.

4. Perempuan, Isteri dan Jalang

sofea jane perempuan isteri dan

Sehingga ke hari ini, impak filem arahan U-Wei Shaari ini terus dirasai.

Tidak dapat dinafikan, filem ini tidak akan berjaya tanpa keberanian produksinya memecah tabu masyarakat kita. 

Dikritik, dicemuh serta disekat, filem ini pada penulis adalah satu-satunya filem di mana adegan hangat dan panas yang dipaparkan dalam filemnya perlu ada, bukan hanya sebagai gimik.

Ini kerana tekanan psikologi atas apa yang telah terjadi kepada watak Zaleha lakonan Sofea Jane; benar-benar boleh mengubah kotak pemikiran wanita yang senasib dengannya.

Reaksi masyarakat kepada filem ini benar-benar kritikal, sehinggakan tajuk asalnya 'Perempuan, Isteri dan Jalang' terpaksa ditukarkan kepada 'Perempuan, Isteri dan..." ekoran kegemparan yang timbul.

Menjadi antara filem yang sering disebut apabila bercakap tentang filem panas, lakonan Nasir Bilal Khan dalam filem ini menjadi antara watak yang cukup ikonik, sering diajuk dan diikuti ekoran gaya percakapannya yang huru-hara, tak tentu arah; duduk di antara mentaliti seorang gila dan siuman kedudukannya.

5. Gelora

gelora 1970 p ramlee filem panas

Pada penghujung karier beliau, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mencetuskan kontroversi ekoran filem arahan beliau "Gelora' yang cuba membawa pendekatan berbeza.

Selepas dikritik teruk ekoran kualiti filem '6 Jahanam' sebelum itu, P. Ramlee betindak mencabar pengkritiknya untuk menghasilkan jalan cerita yang lebih baik.

Ketua editor Utusan Malaysia (ketika itu) yang lantang menerbitkan pelbagai artikel mengkritik kualiti filem era akhir Tan Sri P. Ramlee, Osman Abadi menggalas cabaran - mula menulis draf skrip filem yang dinamakan 'Gelora.' 

Sebuah filem bergenre noir yang menjadikan wanita sebagai elemen penting, 'Gelora' tidak takut untuk mengetengahkan banyak adegan yang pada hari ini masih layak dikatakan panas.

Termasuklah satu adegan yang memaparkan seniwati Sarimah beraksi dalam keadaan tubuh yang harus kami akui sebagai lelaki, sangat menggiurkan.

Ekoran kontroversi filem ini yang layak dikatakan terlalu panas untuk tayangan umum, 'Gelora' terus kekal menjadi antara filem arahan dan lakonan P. Ramlee yang jarang diperkatakan, digam daripada tayangan dalam televisyen. 

Kami yakin pengharaman ini akan terus kekal, kerana filem ini nampak sukar untuk disunting tanpa mencacatkan jalan ceritanya.

Tak percaya? Tonton sendiri adegan yang bermula dari minit ke 51 dalam filem di atas. Kami yakin anda sendiri sukar untuk menerima adegan tersebut benar-benar dirakamkan dalam filem Melayu kita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)