Oleh pada 28 Jul 2018 kategori

Keluarga Rockefeller adalah antara keluarga yang paling kaya, dan antara dinasti paling terkenal di dunia. Mereka mempunyai kedudukan yang tinggi dalam politik.

Justeru mempunyai pengaruh dalam perlindungan alam sekitar, dan memiliki antara hartanah paling mahal di dunia. Jadi, bagaimanakah mereka mengumpul, dan memiliki wang yang terlalu banyak, dan berapakah kekayaan sebenar mereka?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejarah Keluarga Rockefeller

sejarah keluarga rockefeller

Hari ini, terdapat 6 generasi Rockefeller, dengan 21 orang ahli keluarga generasi ke-4 yang pada masa ini mengawal kekayaan mereka yang luar biasa, diterajui oleh David Rockefeller yang berusia 100 tahun. Namun, kesemua kekayaan ini sebenarnya bermula daripada seorang usahawan berjaya, iaitu John Davidson Rockefeller (Senior).

Pada tahun 1870, beliau telah mengasaskan bersama sebuah syarikat yang kini adalah menjadi syarikat penapis minyak paling besar di dunia, iaitu Standard Oil Company. Dengan 'mematikan' persaingan dan menggunakan tipu muslihat dalam perjanjian kereta api, Rockefeller Senior berjaya mengangkat naik syarikatnya itu menjadi antara pemonopoli minyak terawal, dan pada awal 1880an, Rockefeller Senior mengawal sekitar 90 peratus pengeluaran dan penapisan minyak di Amerika Syarikat.

standard oil company syarikat rockefeller

Pada tahun 1911, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan perintah bahawa monopoli adalah haram di sisi undang-undang, dan Standard Oil Company mesti dibubarkan dalam masa 6 bulan. Walaubagaimanapun, apabila Rockefeller Senior meninggal dunia pada tahun 1937, beliau dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sekitar 1.5 peratus keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat, bersamaan dengan $USD340 bilion nilai hari ini (Bill Gates mempunyai kekayaan sebanyak $USD93.30 billion (2018)). Beliau masih dianggap sebagai individu paling kaya dalam sejarah Amerika Syarikat.

Rockefeller Adalah Keluarga Yang Sangat Dermawan

rockefeller keluarga yang dermawan 208

Berikutan kekayaan yang diwariskan daripada bapanya, John D. Rockefeller Junior memulakan usaha untuk mempelbagaikan pelaburan termasuklah hartanah, di samping mengekalkan nama baik keluarga melalui kedermawanan. Bangunan Rockefeller Center yang terkenal di New York sebenarnya telah dibina oleh Rockefeller Junior, yang juga mendermakan tanah kepada Museum of Modern Art.

Ahli keluarga Rockefeller yang lain pula terlibat dengan hartanah ikonik di seluruh Manhattan, termasuklah menara World Trade Center (WTC) yang runtuh ketika peristiwa 9/11.

Keluarga ini juga terlibat dalam projek memelihara dan melindungi alam sekitar, mendermakan tanah, serta menubuhkan lebih daripada 20 taman negara di seluruh negara. Sebagai salah sebuah keluarga yang paling kaya di dunia, Rockefeller adalah antara yang paling dermawan.

Rockefeller Senior telah menyumbang lebih daripada setengah bilion dolar Amerika kepada masyarakat umum, kebanyakannya kepada kajian perubatan, menjadikan beliau sebagai penderma perubatan yang paling diingati dalam sejarah negara itu.

david rockefeller keluarga rockefeller

Rockefeller Junior, juga adalah seorang yang dermawan, memberikan jumlah yang hampir sama untuk banyak tujuan lain, menjadikan jumlah derma oleh kedua mereka melebihi $USD1 bilion setakat tahun 1960an. Dan hari ini, ahli keluarga Rockefeller yang paling tua, David secara peribadinya telah menderma hampir $USD1 bilion untuk kegiatan amal.

Namun, tiada siapa yang tahu akan skop penuh kekayaan keluarga ini, kerana kebanyakannya wujud dalam pelbagai bentuk hartanah dan pelaburan. Sesetengah menganggarkan, selepas mengambil kira inflasi, kekayaan keluarga ini adalah sekitar $USD11 bilion.

Keupayaan untuk mengekalkan kekayaan ini adalah hasil daripada Rockefeller Trust, di mana sebahagian besar wang keluarga ini telah disimpan sejak tahun 1934 lagi.

Bagaimana Keluarga Rockefeller Kekal Kaya Sehingga Hari Ini

john d rockefeller semasa muda

Sebuah jawatankuasa amanah dilantik oleh keluarga ini, bertanggungjawab untuk menyelia penggunaan wang mereka, dan setiap ahli keluarga akan menerima sebahagian daripada bunga yang dijana, berbanding menggunakan yang simpanan sedia ada. Keluarga Rockefeller telah menggunakan kekayaan mereka untuk mempengaruhi keputusan awam, dan untuk menduduki kedudukan politik yang penting.

Nelson Rockefeller adalah seorang Naib Presiden, manakala Jay Rockefeller adalah seorang Senator dalam kerajaan AS, dan lain-lain ahli keluarga mereka juga turut terlibat dalam sektor kewangan dan perniagaan di seluruh dunia.

Dengan kekayaan yang ada, keluarga Rockefeller juga menjadi tumpuan umum, terutamanya dalam beberapa teori konspirasi, antaranya termasuklah idea 'New World Order', di mana golongan elit yang kaya raya mengawal kerajaan di dunia dengan 'tangan ghaib' mereka.

Kesimpulan dari kisah ini

new world order arahan baru dunia

Tiada bukti kukuh untuk menyokong kewujudan 'New World Order' ini, namun terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa keluarga Rockefeller ini adalah antara yang terkaya, paling berkuasa dan paling dermawan di dunia.

Rujukan & Bacaan Tambahan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)