Oleh pada 26 Jun 2019 kategori

Menjadi seorang jutawan yang memiliki segala kemewahan dan kekayaan mungkin menjadi impian sebahagian daripada kita. Lebih manis kalau status sebagai seorang jutawan ini berjaya diperolehi oleh seorang individu yang bermula dari sifar dan datang dari keluarga yang miskin atau sederhana kerana ianya menggambarkan betapa cekalnya individu tersebut untuk mengecapi kejayaan.

Walau bagaimanapun, ada individiu yang sememangnya beruntung kerana lahir dalam keluarga yang sudah sedia ada kaya raya. Dalam erti kata lain, mereka boleh menggunakan kelebihan dan kekayaan wang ringgit yang sudah dimiliki untuk melipat gandakan kekayaan harta dan aset mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mungkin inilah yang dikatakan orang yang semakin kaya. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 individu jutawan yang memiliki harta berbilion ringgit yang sebenarnya memang berasal daripada keluarga yang stabil dan kaya raya.

1. Donald Trump

donald trump kaya hasil keluarga

Sebelum menjadi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sememangnya seorang individu yang popular. Beliau memiliki kekayaan berbilion dollar hasil daripada perniagaan syarikatnya dalam pelbagai bidang terutamanya dalam hartanah seperti padang golf, resort, kasino dan hotel.

Ramai yang mengagumi kepandaiannya yang berniaga dan menganggap beliau sebagai contoh individu yang bermula dari bawah. Realitinya, bapanya Fred sememangnya seorang usahawan kaya yang memiliki syarikat pembinaannya sendiri bagi projek pembinaan 27,000 buah rumah kos rendah di kawasan Brookly dan Queens.

Aset yang dimiliki Fred dan pengalamannya dalam bidang hartanah telah membantu Donald Trump dalam bidang yang sama. Malah, bapanya juga dikatakan pernah membantu Donald Trump pada tahun 90-an yang ketika itu terdesak untuk melangsaikan pinjaman $20 juta yang dibuatnya.

2. Bill Gates

bill gates orang senang sejak awal

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas jenama Microsoft ini. Beliau dikatakan seorang prodigi yang mula belajar pengaturcaraan ketika beliau berusia 13 tahun. Namun ramai yang tidak tahu, pada tahun 1968 akses kepada komputer peribadi adalah sangat terhad.

Walau bagaimanapun Bill Gates bernasib baik kerana mempunyai ibu bapa yang kaya dan mampu menghantarnya ke sebuah sekolah swasta di Seattle. Tanpa kemampuan kewangan daripada ibu bapanya, tidak mungkin beliau mempunyai akses awal kepada komputer dan mempunyai minat awal terhadap komputer.

Ibunya, Mary Gates pernah membantu dengan mencadangkan syarikat IBM mendapatkan khidmat syarikat Bill Gates iaitu Microsoft bagi mencipta sistem operasi bagi komputer yang dihasilkan IBM. Pada ketika itu, ibunya ini bersama-sama dengan CEO IBM John Opel masing-masing merupakan lembaga pengarah bagi syarikat Uniter Way dan beliau dikatakan telah memperkenalkan Bill Gates pada rakannya itu.

3. Rupert Murdoch

rupert murdoch mak bapak kaya

Rupert Murdoch terkenal sebagai pengasas syarikat media gergasi News Corporation dan mengumpul kekayaan dalam bidang media, terbitan akhbar dan penyiaran televisyen. Namun, beliau bukanlah bermula dari sifar kerana bapanya Sir Keith Murdoch sememangnya sudah kaya dalam bidang ini dan menguasai pasaran di Australia.

Rupert Murdoch hanya berusi 21 tahun ketika bapanya meninggal dunia namun dia sudah belajar segalanya. Beliau kemudian mengambil alih News Limited sebelum menguasai Adelaide News dan mula membina lebih banyak kekayaan.

Seterusnya, beliau juga menerbitkan akhbar The Australian, akhbar pertama negara itu. Pada tahun 1968, beliau berjaya mengambil alih akhbar Britain, News of the The World. New Limited kemudiannya telah dijenamakan semula menjadi News International.

4. Elon Musk

elon musk memang dah kaya sejak kecil

Elon Musk bukan sahaja seorang jutawan, tapi beliau terkenal dengan idea-ideanya yang unik sehinggakan sesetengah orang menganggpanya gila. Beliau juga adalah pengasas kepada beberapa syarikat popular seperti Paypal, SpaceX, Tesla Motors dan beberapa syarikat lain.

Menariknya, Elon Musk sememangnya berasal daripada sebuah keluarga yang mempunyai pencapaian-pencapaian yang mengagumkan. Kedua-dua datuk dan neneknya merupakan manusia pertama yang terbang dari Afrika Selatan. Neneknya juga merupakan pakar kiropraktik pertama di Kanada.

Boleh dikatakan Elon Musk diinspirasikan oleh bapanya yang merupakan seorang jurutera dan usahawana. Malah, kerjaya bapanya yang hebat membolehkannya membelikan Elon Musk komputer pertamanya, Commodore VIC-10 ketika beliau hanya berusia 9 tahun.

5. Larry Page

larry page kaya sebab famili

Larry Page merupakan seorang saintis komputer dan usahawan internet dari Amerika Syarikat yang telah mengasaskan syarikat Google bersama Sergey Brin. Kejayaannya ini sedikit sebanyak boleh dikreditkan kepada kedua ibu bapanya yang memberikannya pendedahan kepada teknologi pada usia yang muda.

Bapanya, Carl, dianggap sebagai tokoh perintis dalam sains komputer dan kecerdasan buatan, sementara ibunya, Gloria, mengajar pengaturcaraan komputer di Michigan State University. Dalam erti kata mudahnya, beliau dibesarkan dikelilingi oleh teknologi termasuk beberapa buah komputer peribadi terawal yang dimilikinya.

Dia telah mampu menggunakan komputer dengan yakin ketika berusia hanya enam tahun dan kemudian menjadi pelajar pertama di sekolah rendahnya untuk melakukan kerja sekolahnya menggunakan mesin word processor.

6. Richard Branson

richard branson berasal dari keluarga berada

Pengasas syarikat Virgin Group ini terkenal dengan aksi publisiti beliau, gaya hidup playboy dan portfolio pelaburannya yang luar biasa dengan lebih daripada 80 syarikat dari syarikat penerbangan, bank hinggalah syarikat untuk penerbitan muzik.

Walaupun bukanlah pelajar cemerlang di sekolah dan mempunyai disleksia, bapanya adalah seorang peguam yang baik dan datuknya ialah Sir George Branson, hakim Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua individu inilah yang menjadi batu loncatan terhadap kejayaan Richard Branson dengan menyediakannya kestabilan daripada segi kewangan, serta rangkaian kenalan usahawan hebat yang memberikan beliau lebih banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan.

7. Stefan Persson

pengasas h m memang orang bangsawan

Mungkin ramai yang tidak mengenai individu ini tapi mengenali syarikat jualan pakaiannya H&M. Pad Jun 2017, beliau dilaporkan memiliki kekayaan $28 bilion, menjadikannya individu terkaya di Sweden.

Menariknya, jenama H&M ini bukanlah diasaskan olehnya tetapi diwarisi daripada bapanya, Erling Persson. Erling melancarkan syarikatnya "Hennes," dan menukar nama itu kepada Hennes & Mauritz pada tahun 1968 setelah membeli sebuah kedai peralatan memburu Sweden Mauritz Widforss.

Stefan mengambil alih H&M pada tahun 1982 dan menjadi Lembaga Pengarahnya sehingga hari ini. Di samping itu, beliau memiliki kepentingan besar dalam Hexagon AB, sebuah syarikat teknologi Sweden.

Kredit:

  1. Investopedia
  2. Biography.com
  3. History Today
  4. Business Insider
  5. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)