Oleh pada 27 May 2018 kategori

Dalam dunia teknologi, syarikat-syarikat seperti Apple, Microsoft dan Alibaba begitu sinonim dalam masyarakat kita. Walau bagaimanapun, seperti Alibaba milik Jack Ma, terdapat sebuah lagi syarikat gergasi dari China yang jarang didengar, iaitu Tencent.

Sebelum ini, kami pernah menulis dengan panjang lebar bagaimana syarikat Tencent ini berjaya menjadi syarikat gergasi teknologi dan permainan video di dunia. Sila baca untuk fahami latarbelakang syarikat ini, bagaimana mereka berkembang sehingga mampu menyayingi syarikat gergasi dari Silicon Valley yang lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jika nama Jack Ma begitu sinonim dengan Alibaba, Bill Gates dengan Microsoft dan Steve Jobs dengan Apple, siapakah individu yang membangunkan Tencent ini?

Pony Ma, Jutawan yang Jarang Muncul di Media Massa

Tencent ditubuhkan dan diterajui oleh Ma Huateng yang lebih mesra dikenali sebagai Pony Ma. Jangan terkeliru, walaupun namanya seakan-akan mempunyai talian kekeluargaan dengan Jack Ma iaitu pengasas Alibaba, kedua-duanya langsung tidak mempunyai talian persaudaraan.

Sekiranya Jack Ma sering muncul di media massa, Pony Ma pula sebaliknya. Beliau jarang dilihat dan media massa, atau lebih tepat lagi beliau tidak gemar pendedahan dan  publisiti berlebihan terhadapnya diberikan oleh para wartawan.

Menariknya, beliau bukanlah seseorang yang mempunyai semangat keusahawanan sejak daripada kecil lagi. Malah, cita-cita sejak daripada kecil adalah mahu menjadi seorang angkasawan, bukannya seorang usahawan atau pemilik bisnes.

pengasas tencent

Pony Ma lahir pada tahun 1971 di Pulau Hainan. Ketika zaman remajanya, beliau telah berpindah ke Shenzen. Keluarganya bukanlah daripada golongan yang kaya. Ketika waktu kecilnya, kerana minat yang mendalam dalam bidang astronomi, beliau pernah meminta ibu bapanya membelikannya sebuah teleskop.

Harga sebuah teleskop bukanlah murah, menyamai 4 bulan gaji ibu bapanya. Pada tahun 1989, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Shenzen Univeristy. Walaupun markahnya yang cemerleng membolehkannya melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Shenzen University sahaja agar lebih dekat dengan keluarganya.

Malangnya, di universiti tersebut, bidang astronomi tidak ditawarkan. Maka, Pony Ma terpaksa meneruskan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Keputusan inilah yang telah mengubah hala tuju hidupnya.

Pada zamannya di universiti, beliau telah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sekuriti komputer dan seringkali menggodam komputer di makmal komputer universitinya.

Penubuhan syarikat Tencent

kejayaan syarikat tencent

Pada tahun 1998, Pony Ma telah menubuhkan syarikat Tencent bersama beberapa orang rakan sekelasnya. Setahun kemudian, syarikatnya telah melancarkan aplikasi penghantaran mesej yang dikenali sebagai OICQ (kini dikenali sebagai QQ). Ianya merupakan imitasi aplikasi serupa milik ICQ yang dibangunkan sebuah syarikat Israel.

Zaman awal Tencent sekitar tahun 2000 - 2001 merupakan zaman yang sukar bagi Pony Ma. Malah, Pony Ma terpaksa mengurangkan gajinya bagi membolehkan syarikatnya terus kekal beroperasi. Pelaburan daripada beberapa syarikat seperti Naspers, IDS dan PCCW berjaya menyelamatkan Tencent daripada bankrap.

Antara langkah terawalnya bagi mengembangkan lagi perniagaannya adalah menyenaraikan syarikat Tencent dalam pasaran saham Hong Kong, membolehkannya mendapat dana tambahan sebanyak $200 juta. Sepanjang 2005 hingga 2009 pula, Tencent terus mempelbagaikan servis dan produk syarikatnya dengan memperkenalkan platform muzik, servis penghantaran emel, sosial media, servis penghantaran mesej, permainan video, pengiklanan digital dan banyak lagi.

Pengiktirafan Antarabangsa

syarikat gergasi teknologi

Walaupun beliau seorang yang tidak menggemari publisiti seperti Jack Ma, pencapaian Tencent dalam dunia teknologi terus meningkatkan populariti dan kredibiliti Pony Ma. Pada tahun 2014, majalah TIME menyenaraikan beliau di antara 100 orang paling berpengaruh di dunia.

Pada 2015, Forbes menyenaraikan Pony Ma sebagai antara orang paling berkuasa di dunia. Sementara itu, pada tahun 2017 namanya telah disenaraikan oleh majalah Fortune sebagai antara usahawan terbaik pada tahun tersebut. Beliau juga seringkali dibandingkan dengan Warren Buffet kerana persamaan keduanya dalam membuat pelaburan-pelaburan bijak. Kedua-duanya juga terkenal sebagai pelabur yang berani dan agresif.

Pada ketika artikel ini ditulis, Pony Ma masih memegang takhta sebagai orang paling kaya di China. Pencapaian terbaiknya adalah pada bulan November 2017 dimana beliau berjaya menduduki tempat ke 9 manusia paling kaya di dunia, seterusnya menjadi manusia dari Asia pertama yang disenaraikan oleh Forbes sebagai 10 manusia paling kaya di dunia.

Kredit:

  1. WikiPedia
  2. Techinasia



Hakcipta iluminasi.com (2017)