Oleh pada 29 Jul 2018 kategori

Keluarga Rothschild dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat kaya, antara yang terkaya di dunia. Keluarga ini kerap kali dituduh terlibat dengan pelbagai konspirasi, antaranya termasuklah menjadi ketua organisasi rahsia seperti Illuminati, mengawal media dunia dan sistem kewangan antarabangsa, serta lain-lain insiden yang mencurigakan, termasuklah kes kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Nama Rothschild sinonim dengan kemewahan dan kekayaan. Namun, ramai ingin tahu, siapa sebenarnya yang dikatakan Rothschild ini?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejarah dan latar belakang keluarga Rothschild

pengasas keluarga rothschild mayer amschel rothschild 535

Keluarga Rothschild yang kita kenali hari ini, sebenarnya bermula dengan seorang lelaki Jerman berbangsa Yahudi, iaitu Mayer Amschel Rothschild. Beliau hidup pada abad ke-18, dan mempunyai kerjaya sebagai seorang 'court Jew', iaitu seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam institusi perbankan, selalunya mengendalikan pinjaman dan kewangan keluarga bangsawan.

Pada masa tersebut, tindakan mengenakan caj bunga untuk wang yang dipinjam, yakni riba, adalah haram menurut Bible. Walaubagaimanapun, bangsa Yahudi tidak mempunyai sebarang sekatan atau had keagamaan berkaitan isu ini, jadi mereka bebas untuk mengendalikan kewangan sesiapapun.

sejarah keluarga rothschild 243

5 orang anak mayer amschel rothschild

Melalui urusan dengan keluarga bangsawan Eropah yang berkuasa, dan melalui amalan riba, Mayer Rothschild dengan pantas berjaya mengumpul kekayaan luar biasa. Beliau akhirnya mengahwini seorang anak dara daripada seorang court Jew yang lain. Mereka dikurniakan sebanyak 5 orang anak lelaki, yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam menubuhkan industri perbankan yang luas dalam 5 buah negara utama Eropah, iaitu Jerman, Austria, Britain, Itali dan Perancis.

Bagi mengekalkan kekayaan luar biasa tersebut dalam keluarga mereka sahaja, Mayer memaksa anak-anaknya untuk mengatur perkahwinan keturunan mereka sesama keluarga mereka sahaja, berkahwin dengan sepupu sepapat. Malah, wasiat Mayer turut mengharamkan cucu cicitnya yang perempuan untuk menerima harta peninggalan secara penuh.

Sejak daripada itu, keluarga Rothschild terus menerus membina kekayaan dengan berkhidmat sebagai banker di negara-negara Eropah, menyalurkan dana ketika konflik besar, termasuklah ketika Revolusi Perancis dan kedua-dua Perang Napoleon. Mereka juga terlibat dalam membiayai projek-projek besar seperti pembinaan Terusan Suez, dan pernah sekali menyelamatkan Bank of England daripada bankrap.

Benarkah keluarga Rothschild terlibat dalam konspirasi 'New World Order'?

keluarga rothschild dan new world order

Adakah benar bahawa keluarga Rothschild adalah sebahagian daripada konspirasi Yahudi yang mempunyai motif untuk menubuhkan 'New World Order', seperti yang didakwa, dan dipercayai oleh ramai pihak? Persoalan ini susah untuk dijawab kerana ianya terlalu kompleks.

Sememang diketahui umum, bahawa kebanyakan keturunan Rothschild banyak memegang jawatan yang tinggi dalam industri perniagaan dan perbankan di seluruh dunia. Namun, kebiasaannya memang kebanyakan keluarga aristokratik seperti Rothschild mempunyai peluang yang lebih besar untuk memegang jawatan-jawatan tinggi, berbanding orang biasa.

bank keluarga rothschild

Tambahan pula, walaupun Rothschild Group adalah salah sebuah bank terbesar di dunia dalam sektor pelaburan, keluarga mereka sebenarnya tidaklah sekaya seperti yang digembar gemburkan. Angka terkini yang dikaitkan dengan nilai kekayaan keluarga ini adalah sekitar $USD500 trilion (ada dua belas 0 di belakang).

Dianggarkan keseluruhan wang yang ada seluruh dunia adalah sekitar $USD1 hingga $USD2 quadrilion (ada lima belas 0 di belakang), malah KDNK dunia juga dilaporkan kurang daripada $USD100 trilion. Jadi, idea bahawa keluarga Rothschild mengawal kewangan dunia, sama ada daripada setengah mahupun suku daripada keseluruhan kekayaan tersebut adalah tidak masuk akal.

Kekayaan sebenar keluarga Rothschild

kekayaan keluarga rothschild

Secara realisitiknya, LA Times melaporkan bahawa kekayaan Rothschild adalah dianggarkan sekitar $USD350 billion hingga $USD1 trilion, masih jumlah yang agak besar untuk keluarga tersebut. Wang tersebut sebenarnya dibahagikan dalam kalangan bilangan ahli keluarga yang ramai, jadi jarang sekali untuk kita melihat individu-individu dalam keluarga Rothschild tersenarai di dalam Forbes.

Walaupun sememangnya keluarga perbankan Yahudi yang sudah lama sejak bergenerasi ini kaya dan agak berahsia, masih tidak terdapat bukti yang kukuh untuk menyokong penglibatan mereka dalam pelbagai teori konspirasi. Teori konspirasi boleh jadi betul, boleh jadi salah. Sekiranya memang betul mereka ini terlibat dalam kebanyakan insiden-insiden dunia, maka suatu hari nanti mereka bakal menerima balasannya.

Kesimpulan dari kisah ini

teori konspirasi keluarga rothschild 943

Penulis enggan memberi ulasan tentang teori konspirasi. Dalam masa yang sama, penulis juga sama sekali menentang kekerasan dan penganiayaan terhadap mana-mana individu atau masyarakat di dunia ini, sama ada oleh polis dunia Amerika Syarikat, Bashar al-Assad, mahupun pemimpin Malaysia sendiri.

Baca lagi:

Siapakah Keluarga Rockefeller dan Sejauh Manakah Kekuasaan dan Kekayaan Mereka?]

Rujukan & Bacaan Tambahan:

Sejarah keluarga Rothschild

Konspirasi Rothschild

Semua tentang keluarga Rothschild

Deconstructing the Rothschild Conspiracy

Rothschild Family Wealth




Hakcipta iluminasi.com (2017)