Kredit foto: Instagram Angah Raja Lawak

Perkongsian foto di laman Instagram yang memperlihatkan pelawak dan penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak sedang mendapatkan rawatan dengan pemakaian ‘nebulizer’ mencetuskan persoalan ramai terhadap keadaan kesihatannya.

Menerusi kapsyen entri sama, isteri Angah, Amira Asyura Abd Razak memohon netizen mendoakan kesejahteraan suaminya.

Situasi itu turut membuka ruang buat Amira untuk mendedahkan sikap sebenar Angah yang barangkali tidak diketahui umum.

"Assalamualaikum sahabat dan followers, dia orang yang baik, walaupun orang buat macam mana sekalipun Lillahitaala suami saya orang yang baik hati budinya.

"Mungkin kadang ramai yang tak memahami dia, mahupun hanya sekadar mengenali dia atas namanya sahaja.

"Tak kira siapa pun anda semua, tolong doakan semoga suami saya diberi kesihatan seperti sediakala.

"Semoga Allah membalas doa anda semua dengan pengampunan dosa dan bahagia dunia akhirat. Amin," tulisnya.

siapa pun ada tolong doakan angah raja lawak isteri 2

Kredit foto: Instagram Angah Raja Lawak

Sehingga kini, kiriman berkenaan merekodkan lebih 31,000 tanda suka termasuk lebih 800 komen daripada netizen.

Perkhabaran itu nyata memberi kesan kepada para pengikutnya yang membangkitkan perasaan risau apatah lagi mengenangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelangnya Aidilfitri.

Angah dan Amira berkahwin pada 19 Februari 2016.




Hakcipta iluminasi.com (2017)