Oleh pada 06 Apr 2020 kategori

ali puteh 581

Kredit foto: Instagram Man Raja Lawak

     

Pelawak Man Raja Lawak menegaskan inisiatif diambilnya membabitkan projek dana bantuan yang dilakukan, tidak melibatkan kumpulan Puteh yang turut dianggotai Ali dan Mamak.

Ia adalah hasil daripada idea dan usahanya sendiri tanpa melalui proses perbicangan dengan rakan kumpulan terbabit.

"Inisiatif ini adalah idea saya sendiri, saya tidak berbincang dengan ahli kumpulan Puteh yang lain.

"Saya faham keputusan saya ini sedikit sebanyak memberi kesan dan menimbulkan isu serta pandangan masyarakat tentang ahli Kumpulan Puteh.

"Ini adalah keputusan peribadi yang saya ambil untuk menyalurkan sedikit bantuan dari simpanan yang saya ada tanpa sebarang niat lain dan diharapkan peminat Puteh tidak membabitkan mereka dalam inisiatif ini," katanya.

Kenyataan balas itu dibuat susulan tindakan pelawak Ali Puteh yang menegur sikapnya hingga menerima kecaman hebat warganet di media sosial.

Ali meminta agar Man tidak mewar-warkan amalan yang dibuat serta tidak mengharapkan pujian daripada masyarakat.

"Kalau kita nak buat baik, tak nak ada sangkal dari orang lain buat kerja dalam diam. Jangan dihebah-hebahkan takut nanti jadi bualan orang.

"Biar kita buat diam-diam hanya Allah yang tahu apa kita buat, jangan diminta pujian menggunung. Biar kita buat dapat keredaan Allah, semoga dipermudahkan!” komen Ali dalam status yang dikongsi Man di Facebook.

    

Baca: Biodata Pelawak Ali Puteh

    

man raja lawak 79

instagram ali puteh

      

Begitupun tinjauan terkini mendapati komen Ali telahpun dipadamkan di ruangan komen tersebut.

Dalam status itu, Man menolak pujian daripada netizen atas niat murninya menghulurkan sumbangan RM50,000 termasuk menjual kereta dan motosikal dimiliki demi dana kebajikan untuk disalurkan kepada insan yang memerlukan.

Sementara itu, Man membuat permohonan maaf sekiranya niat baiknya itu disalah tafsir oleh segelintir pihak hingga menyebabkan rakannya terpalit sama dengan andaian buruk orang ramai.

"Sekiranya ada sebarang salah faham, saya merendah diri ingin memohon berjuta kemaafan dari ahli kumpulan Puteh dan masyarakat artis di luar sana.

"Bukan niat saya untuk menjatuhkan mereka atau ada agenda yang lain tetapi ini atas dasar keprihatinan saya pada waktu yang mencabar ini.

"Diharapkan kemelut ini selesai dengan baik dan kita boleh terus move on," katanya.

     

Sumber berita: Ali Puteh dikecam selepas tegur Man Raja Lawak buat amal diam-diam - “Bukan niat saya nak jatuhkan mereka”

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)