senarai peserta gegar vaganza 4

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Teki-teki siapakah 12 penyanyi yang bakal menyertai persaingan Gegar Vaganza musim ini dileraikan dalam sebuah sidang media yang berlangsung petang semalam.

Tahun ini, Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) membawa format baru iaitu Nusantara yang mana akan turut menampilkan dua peserta dari negara jiran iaitu Ferhad (Singapura) dan Firman Siagian (Indonesia).

Mereka bakal disaingi oleh empat lagi penyanyi lelaki Malaysia iaitu Lan Kristal, Aqasha, Hazami dan Tia Jinbara.

Manakala enam penyanyi wanita yang melengkapkan persaingan 12 peserta ialah Elyana, Liza Hanim, Syura, Aishah, Haida dan Raja Azura.

Dijangkakan pertandingan musim ini lebih sengit kerana kesemua peserta yang terlibat dikenali dengan kekuatan vokal dan era zaman kegemilangan yang tersendiri.

GV4 bakal dihoskan pengacara sama seperti musim lalu iaitu gandingan pelawak Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala pengarah muzik Datuk Ramli MS memegang tanggungjawab sebagai pengkritik tetap. Seorang lagi juri tetap akan diumumkan pada konsert pertama. 

Pengadilan markah seratus peratus oleh juri profesional. 

GV4 dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil. Mula bersiaran 29 Oktober ini, setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)