Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Peminat dunia hiburan rancak berteka-teki tentang siapakah para penyanyi yang bakal menyertai Gegar Vaganza 4 (GV4) tahun ini.

Persoalan itu disemarakkan lagi dengan video 'hint' yang dimuat naik di laman Instagram rasmi GV4.

Dalam beberapa video yang ditayangkan memaparkan bahagian tangan kesemua 12 peserta sambil mengalun lagu-lagu popular terkini dan evergreen.

Bagaimanapun nyanyian mereka kedengaran kurang jelas dan tidak menyerlahkan identiti sebenar vokal.

Antara nama-nama yang disebut para peminat yang membuat tekaan di ruangan komen ialah Zamani, Liza Hanim, Hazami, Syura, Lan Kristal, Maya Matahari, Bandi Amuk, Anis Suraya, Salamiah Hassan, Radhi OAG, Mas Idayu, Roy, Deja Moss, Ani Mayuni dan ramai lagi.

Bagaimanapun senarai sebenar peserta hanya akan diketahui dalam sidang media yang akan berlangsung jam 3.30 petang hari ini.

Kepada pengguna laman sosial, anda boleh mengikuti siaran langsung majlis itu menerusi Facebook Live Astro Gempak.




Hakcipta iluminasi.com (2017)