Oleh pada 24 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @tv3malaysia

Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 (SFMM33) yang berlangsung sejak tiga minggu lalu memperlihatkan keseimbangan persaingan antara penyanyi baharu atau BBNU (Budak Baru Nak Up), serta penyanyi berpengalaman.

Sebanyak 30 lagu dipersembahkan dalam tempoh tiga minggu iaitu dari 9 hingga 23 November untuk dinilai bagi menentukan senarai finalis akhir AJL33.

SFMM33 diacarakan Sherry Al Hadad dan Haziq Hot FM, disiarkan secara langsung di saluran TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sebentar tadi, di hujung program SFMM33 minggu ketiga, kesemua 12 lagu yang layak ke AJL33 diumumkan, sekaligus meleburkan harapan 18 lagi calon yang bertanding iaitu Dia nyanyian Qody, Kata Akhirmu (Ariff Bahran), Bercanda di Malam Indah (Kugiran Masdo), Sesungguhnya Aku (Alif Satar), Mimpi (Liza Hanim), Seindah Berdua (Dewi Seriestha), Dia (Dayang Nurfaizah), Hikayat Ben Ladin (Ben Ladin) dan Rahsia Kita (Khai Bahar & Fatin Husna).

Lain-lain yang tidak tersenarai termasuk Stereotype (Akim & The Majistret), Sulit (Aman Aziz), Jagakan Dia (Shiha Zikir), Demi Kita (Ismail Izzani), Cakap Ke Tangan (Stacy), Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli), Layarlah Kembali (Dayang Nurfaizah), Rintihan Rindu (Wany Hasrita) dan Kisah Antara Kita (One Avenue Band).

Manakala berikut 12 lagu yang mendapat laluan ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33):

senarai 12 lagu yang layak ke anugerah juara lagu 33 2

Kredit foto: Instagram @tv3malaysia

          

  1. Syamel - Kau Pun Sama
  2. Ara Johari - Bunga
  3. Siti Sarah - Semakin
  4. Hael Husaini & Dayang Nurfaizah - Haram
  5. Misha Omar- Sampai Bila
  6. Khai Bahar - Luluh
  7. Altimet - Bunga
  8. Amylea X Kaer - Tak Pernah Hilang
  9. Haqiem Rusli ft Amanra - Jatuh Bangun
  10. Hael Husaini - Hajat
  11. Sufian Suhaimi - Di Matamu
  12. Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta




Hakcipta iluminasi.com (2017)