Oleh pada 09 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Persaingan program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6) memasuki minggu kesepuluh yang juga merupakan peringkat separuh akhir.

Tinggal hanya lapan penyanyi beradu nasib dalam menempa tempat ke kemuncak pertandingan nyanyian itu yang dijadualkan berlangsung pada 22 Disember ini.

Para peserta terdiri daripada Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), Noorshila Amin, Jatt Ali, Hady Mirza dan kumpulan One Nation Emcees.

Persembahan membabitkan setiap peserta menyampaikan dua buah lagu tugasan bersama penyanyi jemputan masing-masing.

Berikut senarai lagu yang dipertaruhkan:

   

gegar vaganza 2019 243

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 10 (SEPARUH AKHIR)

  1. Naqiu Boboy - Always (Bon Jovi), Hanya NamaMu (Caliph Buskers) - Duet bersama Azmi Saat
  2. One Nation Emcees - Drama (Drama Band), Seribu Tahun (Imran Ajmain) - Duet bersama Lan Solo
  3. Hady Mirza - All My Life (K-Ci & JoJo), Takdir Tercipta (Hafiz Suip & Adira) - Duet bersama Dia Fadila
  4. Jatt - Kumiliki Bayangmu (Datuk Ramli Sarip), Zakia (Achmad Albar) - Duet bersama Zur Eda
  5. Wann - Ku Gembira Di Sampingmu (Khatijah Ibrahim), Dua Insan (M.Nasir & Yunizar Hussein) - Duet bersama Zarul Umbrella
  6. Nurfatima - Kau Pergi Tanpa Pesan (Ellya Khadam), Kali Pertama (Fairuz Hussein) - Duet bersama Noryn Aziz
  7. Sham Visa - Permata Untuk Isteriku (Kopratasa), Usang (Rahim Maarof) - Duet bersama Sani & Usop Kopratasa
  8. Noorshila Amin - Dialah Di Hati (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kerna Terpaksa (Francissca Peter) - Duet bersama Ifa Raziah

   

Pemarkahan berdasarkan penilaian juri tetap daripada pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, selain juri undangan mingguan.

GV6 diterajui Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku hos, ke udara secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam, program berkenaan juga boleh ditonton di platform digital iaitu Youtube Astro Gempak dan laman sesawang rasmi GV2019.

      

 

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 10) Separuh Akhir

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)