Oleh pada 21 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Cabaran terus menanti 12 peserta Gegar Vaganza 6 (GV6) 2019 menerusi konsert ketiga yang bakal menyusul Ahad ini.

Bertemakan 'Yang Aneh Aneh', setiap bintang dikehendaki mempersembahkan lagu-lagu yang bertentangan dengan identiti muzik asal mereka.

Berikut senarai lagu tugasan untuk persaingan minggu ketiga.

   

gegar vaganza 2019 621

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 3

  1. Sham Visa - Sayang Sayang (Aliff Aziz)
  2. Feeza - Temberang (Ayda Jebat)
  3. Naqiu Boboy - #123 (Khai Bahar)
  4. Wann - Asmaradana (Tiara Jacquelina)
  5. Hady Mirza - Ibu Kota Cinta (Def Gab C)
  6. Noorshila Amin - Pelesit Kota (Search)
  7. Ameer Sofazr - Samrah Mentari (Jamal Abdillah)
  8. Kool - Lagu Zaman (Ramli Sarip & Tan Sri S.M. Salim)
  9. Roy - Gila Judi (M. Daud Kilau)
  10. Nurfatima - Hati Kama (Siti Nurhaliza & Noraniza Idris)
  11. Jatt - Awallah Dondang (Noraniza Idris)
  12. One Nation Emcees - Gelora (Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma)

    

Penilaian persembahan menggunakan khidmat dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Barisan peserta yang masih kekal ialah Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), kumpulan Kool (Hairie & Riot), Noorshila Amin, Jatt Ali, Feeza, Roy, Hady Mirza, Ameer (Sofazr) dan One Nation Emcees.

Konsert GV6 berlangsung setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Program secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu dikendalikan oleh pasangan hos, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Tontonan secara 'live streaming' menerusi laman web rasmi Gegar Vaganza dan Youtube Astro Gempak.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 3)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)