Oleh pada 16 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Pentas akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada 22 Disember ini bakal menyaksikan pertembungan antara enam finalis dalam merebut takhta juara.

Mereka adalah lima penyanyi solo iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Sham (Visa), Jatt Ali dan Hady Mirza, serta penyanyi berkumpulan, One Nation Emcees.

Persaingan akhir yang bakal diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menyaksikan para peserta diberi dua buah lagu tugasan iaitu secara solo dan 'battle'.

Berikut senarai lagu konsert minggu akhir GV6:

   

gegar vaganza 2019 89

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

SENARAI LAGU KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA 2019 (GV2019)

  1. Hady Mirza - Ku Bersuara (Ernie Zakri)
  2. Naqiu Boboy - Srikandi Cintaku (Bloodshed)
  3. Jatt - Without You (Harry Nilsson)
  4. One Nation Emcees - Melompat Lebih Tinggi (Sheila On 7)
  5. Nurfatima - Insan (Yantzen)
  6. Sham Visa - Haruskah Diuji (Farish)

   

Lagu Pusingan Battle (Nama penyanyi belum didedahkan)

  1. Haa Tepok - MeerFly ft MK K-Clique & Kidd Santhe
  2. In The End - Linkin Park
  3. Angguk Angguk Geleng Geleng - Ahli Fiqir

    

Penilaian juri profesional masih mengekalkan khidmat juri tetap yang terdiri daripada pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, bersama juri undangan mingguan.

Program realiti itu dikendalikan pasangan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, selain medium digital iaitu Youtube Astro Gempak dan laman sesawang rasmi GV2019.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Akhir)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)