Oleh pada 25 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Facebook Astro Gempak

    

Selepas tujuh minggu persaingan, rancangan realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6) membuat kejutan apabila pihak produksi memutuskan untuk melanjutkan pertandingan dari lapan minggu ke 11 minggu.

Konsert ketujuh lalu menyaksikan tiada penyingkiran sekaligus melayakkan kesemua peserta untuk berentap di minggu kelapan.

Seramai sembilan peserta yang mara iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), Noorshila Amin, Jatt Ali, Roy, Hady Mirza dan kumpulan One Nation Emcees.

Tugasan Ahad ini bakal memperlihatkan para peserta menyempurnakan seleksi lagu tugasan terbaharu.

Berikut senarai lagu-lagu konsert kelapan GV6:

    

gegar vaganza 2019 446

Kredit foto: Facebook Astro Gempak

   

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 8

  1. Hady Mirza - Malaikat (Hazama)
  2. Naqiu Boboy - Percayalah (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
  3. Wann - Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud)
  4. Nurfatima - Cobalah Untuk Setia (Krisdayanti)
  5. Jatt - Sejuta Wajah (Sweet Charity)
  6. Sham Visa - Separuh Aku (Noah)
  7. Roy - Seniman Menangis (Ismail Haron)
  8. One Nation Emcees - Anak (Carefree)
  9. Noorshila Amin - Samar Bayangan (Nicky Astria)

   

Persaingan bakal diadili oleh juri tetap yang terdiri daripada pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, bersama juri undangan mingguan.

Konsert GV6 bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria, secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Juga ke udara menerusi medium maya iaitu di saluran Youtube Astro Gempak dan laman sesawang rasmi Gegar Vaganza 2019.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 8)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)