Oleh pada 02 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Kehangatan program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6) diteruskan untuk minggu kesembilan yang juga merupakan peringkat suku akhir, menerusi lagu-lagu tugasan hasil daripada ilham komposer terkemuka era dahulu dan masa kini.

Persaingan membabitkan deretan lapan penyanyi berpengalaman yang masih kekal iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), Noorshila Amin, Jatt Ali, Hady Mirza dan kumpulan One Nation Emcees.

Sementara itu, pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang kekal memegang peranan di kerusi juri tetap, bersama juri undangan mingguan.

Berikut senarai lagu-lagu tugasan untuk minggu kesembilan.

   

gegar vaganza 2019 21

Kredit foto: Instagram Ria X

   

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 9 (SUKU AKHIR)

  1. Naqiu Boboy - Tinting (Noraniza Idris)
  2. Hady Mirza - Taman Rashidah Utama (Wings)
  3. Jatt - Mimpi Laila (Yasin)
  4. Wann - Hitam Putih Kehidupan (Sheila Majid)
  5. Nurfatima - Jangan Lafazkan (KRU)
  6. Sham Visa - Dari Sinar Mata (BumiPutra Rockers)
  7. One Nation Emcees - Hati Emas (Kembara)
  8. Noorshila Amin - Ahai Usahlah (Noorshila Amin)

   

Konsert GV6 yang ke udara secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dimeriahkan dengan aksi gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Disiarkan menerusi saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam, selain boleh distrim di medium digital, Youtube Astro Gempak dan laman sesawang rasmi GV2019.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 9)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)