Oleh pada 18 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6) menampilkan persaingan antara sembilan peserta dalam merebut tempat untuk mara ke peringkat akhir.

Minggu ketujuh ini menyaksikan setiap penyanyi menggalas tanggungjawab mempersembahkan lagu-lagu bertemakan 'Caras' yang mencabar mereka menyanyikan semula lagu-lagu popular tanah air mengikut identiti yang tersendiri.

Persaingan melibatkan penyanyi yang masih bertahan iaitu Naqiu (Boboy), Nur Fatima, Wann, Sham (Visa), Noorshila Amin, Jatt Ali, Roy, Hady Mirza dan kumpulan One Nation Emcees.

Berikut adalah senarai lagu yang dipertaruhkan:

   

gegar vaganza 2019 704

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

SENARAI LAGU TUGASAN KONSERT GEGAR VAGANZA 2019 MINGGU 7 (SEPARUH AKHIR)

  1. Naqiu Boboy - Rampas (Akim & The Majistret)
  2. Wann - Terlalu Memuja (Wany Hasrita)
  3. Nurfatima - Patah Seribu (Shila Amzah)
  4. Jatt - Sumpah (Naim Daniel)
  5. Sham Visa - Pergi (Aizat Amdan)
  6. Hady Mirza - Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
  7. Roy - Hajat (Hael Husaini)
  8. One Nation Emcees - Bila Rindu (Ruffedge)
  9. Noorshila Amin - Vroom Vroom (Nabila Razali)

   

Dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV6 dinilai juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, bersama seorang juri undangan mingguan.

Ke udara secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Turut bersiaran di platform digital di saluran Youtube Astro Gempak dan laman sesawang rasmi Gegar Vaganza 2019.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 7)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)