raja azura tersingkir konsert gegar vaganza minggu ketiga

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Nasib tidak menyebelahi penyanyi Raja Azura yang tersingkir di hujung konsert ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) yang berlangsung malam tadi di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Raja Azura yang mempertaruhkan lagu asal Pussycat Dolls berjudul Perhaps Perhaps Perhaps terpaksa berpuas hati dengan pungutan markah terendah sebanyak 61.2 peratus.

Penilaian dibuat sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bersama juri undangan, Datuk Yusof Haslam.

Konsert tersebut yang membawa tema 'Berani Ke Idok?' mencabar peserta untuk membawa lagu di luar zon selesa mereka.

Sementara itu, penyanyi Liza Hanim diumumkan sebagai pemenang Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingati sekaligus menerima markah tertinggi sebanyak 83.0 peratus.

Selain Liza, sembilan lagi artis yang mara ke minggu hadapan ialah Aqasha, Firman, Hazami, Lan (Kristal), Tia (Jinbara), Aishah, Elyana, Haida dan Syura.

Konsert GV4 yang menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos, bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)