Oleh pada 12 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Ahad ini, enam finalis konsert akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) bakal berentap untuk merebut takhta juara.

Mereka ialah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Zamani, Maya dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi konsert separuh akhir, pasangan hos Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan senarai lagu tugasan yang bakal didendangkan mereka.

Membawa tema duet dan 'battle', para finalis akhir ini telah diberi cabaran untuk menyampaikan dua buah lagu.

Buat julung kalinya dalam sejarah, peserta dikehendaki membawakan lagu duet bersama artis jemputan di konsert kemuncak.

Manakala untuk persembahan kedua, mereka dicabar untuk menyanyikan lagu di luar lingkungan zon selesa masing-masing. 

Berikut lagu tugasan konsert akhir GV5:

senarai lagu tugasan konsert akhir gegar vaganza 5 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

           

Lagu Duet

1. Noryn Aziz & Awi Rafael - Laskar Cinta (Dewa 19)

2. Amelina & Bob - The Power Of Love (Celine Dion)

3. Dia Fadila & Ajai - Makin Aku Cinta (Anang & Kris Dayanti)

4. Maya & Ernie Zakri - Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor)

5. Zamani & Ameng - Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M.Nasir)

6. Billy Zulkarnain & Idayu - Curiga (Ning Baizura)

           

Lagu ‘Battle’

1. Where Is the Love (The Black Eyed Peas) - Noryn Aziz vs Dia Fadila

2. Teman Pengganti (Black & Malique) - Amelina vs Maya

3. Bunga (Altimet) - Billy Zulkarnain vs Zamani

             

Konsert akhir GV5 bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), serta dikeudarakan secara langsung di saluran Astro Ria pada 18 November, jam 9 malam.

Keputusan diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim, serta juri undangan.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal menerima ganjaran wang tunai RM100,000, manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk pemenang ketiga.

Diikuti tangga keempat, kelima dan keenam mendapat habuan wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000. Kesemua mereka juga akan dikurniakan trofi.

Untuk maklumat lanjut mengenai GV5, layari laman web www.gegarvaganza.com.my atau laman Instagram rasmi @gegarvaganzaofficial.




Hakcipta iluminasi.com (2017)