Oleh pada 01 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert pertama Gegar Vaganza telah berlangsung dengan penuh meriah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi. Turut ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada jam 9 malam.

Dengan itu, bermulalah perjuangan 12 penyanyi yang bertanding bagi mengekalkan kedudukan agar terus bertahan sehingga ke konsert akhir.

Penyanyi yang terlibat dalam musim ini ialah Zamani (Slam), Shafie (Rio), Amelina, Safura, Maya Matahari, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene dan Dia Fadilla. Manakala kuota penyanyi berkumpulan pula disertai kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Semua peserta telah mempersembahkan lagu popular masing-masing di konsert pengenalan.

Antara yang mencuri tumpuan ialah Zamani menerusi lagu fenomena, Gerimis Mengundang, Shafie Rio mengimbau kenangan dalam Layu Di Hujung Mekar dan tidak ketinggalan Amelina yang mengembalikan semula kegemilangan irama dangdut dalam medley Asyik dan Rindu.

Di minggu kedua, setiap penyanyi bakal dicabar untuk mendendangkan lagu-lagu peserta lain dalam konsert bertemakan 'Dalam Diam Aku Mencintaimu'.

Ia dijangka akan menguji kredibiliti 12 bintang ini kerana terpaksa membawakan lagu di luar lingkungan selesa masing-masing.

Berikut kami kongsikan senarai lagu tugasan mereka:

senarai lagu tugasan konsert kedua gegar vaganza 5 2 772

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

            

  1. Amelina - Kembali Terjalin (Slam)
  2. Zamani - Andai (Dia Fadila)
  3. Shafie Rio - Vida (Phyne Ballerz)
  4. Maya Matahari - Hilangkan Segalanya (Farawahida)
  5. Dia Fadila - Cerita Cinta (Noryn Aziz)
  6. Forteen - Manisnya Senyumanmu (Elite)
  7. Hetty Sarlene - Ah! Rindu Lagi (Amelina)
  8. Farawahida - Rindu Aku Rindu (Hetty Sarlene)
  9. Safura - Diari Biru (Maya Matahari)
  10. Noryn Aziz - Trauma (Elite)
  11. Billy Zulkarnain - Mentari Muncul Lagi (Slam)
  12. Elite - Bulan Cinta (Amelina)



Hakcipta iluminasi.com (2017)