ada cerita mengapa raja azura sampai boleh tersingkir

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Penyanyi dan hos Raja Azura mendedahkan dia mendapat batuk teruk tanpa henti sebelum persembahan pada konsert Gegar Vaganza minggu ketiga, semalam.

Menurut Raja Azura, 45, segalanya sempurna pada sehari sebelum persembahan, namun situasi bertukar sebaliknya di malam konsert.

"Saya batuk tak berhenti di belakang pentas sebelum persembahan. Sampaikan saya tidak boleh bernafas.

"Benda nak jadi kan dan itu adalah dugaan. Saya perlu teruskan melakukan persembahan. Sebab itu ada bahagian vokal saya terpaksa tarik nak tahan batuk.

"Kalau ikutkan ketika sehari sebelum konsert bermula saya nyanyi boleh katakan sempurna tanpa komen daripada juri," katanya memetik laporan portal Mstar Online.

Pada konsert ketiga GV4, Raja Azura yang mendendangkan lagu Perhaps Perhaps Perhaps diumumkan sebagai peserta kedua meninggalkan program berkenaan.

Beliau hanya mampu berpuas hati dengan markah terendah sebanyak 61.2 peratus, diikuti Elyana di kedudukan kedua terbawah dengan markah 61.4 peratus.

Raja Azura bagaimanapun menjelaskan dia hanya mampu memberikan persembahan yang jujur sebagai seorang yang sudah berpengalaman dalam industri.

"Kita dah lama dalam industri seni dan pelbagai cabaran yang saya lalui. Seni itu halus dan jujur apabila kita berada di atas pentas.

"Kita jujur untuk menghiburkan orang. Saya jujur dari hati dan tidak ada niat nak mengalahkan sesiapa pun.

"Pertandingan itu adalah adat tapi persembahan saya sememangnya ikhlas untuk menghiburkan semua orang yang menonton," katanya.

Ditanya adakah dia menyimpan niat untuk menerbitkan single atau album selepas ini, sebagaimana yang dilakukan sebahagian besar bintang Gegar Vaganza, penyanyi ini bagaimanapun tidak terfikir ke arah itu.

"Saya tak ada perancangan nak ada single atau album selepas ini. Saya masuk GV ini pun disebabkan anak-anak yang suruh.

"Tapi kalau ada tawaran untuk menyanyi di acara atau majlis korporat, insya-Allah saya akan ambil," katanya.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)