Oleh pada 09 Dec 2019 kategori

gegar vaganza 2019 minggu 9 486

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsert minggu kesembilan Gegar Vaganza musim keenam (GV6) sebentar tadi, menyaksikan tiada peserta tersingkir sekaligus melayakkan kesemua mara ke peringkat separuh akhir, minggu hadapan.

Minggu suku akhir di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu mengangkat penyanyi berkumpulan, One Nation Emcess di kedudukan pertama menerusi persembahan lagu Hati Emas dipopularkan Kembara.

Pemarkahan dilakukan oleh dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, bersama Manan Ngah dan Datuk Rosyam Nor selaku juri jemputan.

Persaingan Separuh Akhir bakal mengekalkan lapan peserta dalam merebut tempat ke kemuncak program realiti itu.

Selain One Nation Emcess, mereka ialah Naqiu Boboy, Sham Visa, Jatt, Wann, Nurfatima, Hady Mirza dan Noorshila Amin.

Berikut kedudukan dan markah keseluruhan peserta berdasarkan penilaian juri profesional.

   

gegar vaganza 2019 984

Kredit foto: Instagram Ria X

   

CARTA KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 6 (2019) MINGGU 9 (SUKU AKHIR)

  1. One Nation Emcees (Hati Emas) - 80%
  2. Hady Mirza (Taman Rashidah Utama) - 76%
  3. Naqiu Boboy (Tinting) - 70%
  4. Jatt (Mimpi Laila) - 69%
  5. Nurfatima (Jangan Lafazkan) - 58%
  6. Noorshila Amin (Ahai Usahlah) - 58%
  7. Sham Visa (Dari Sinar Mata) - 57%
  8. Wann (Hitam Putih Kehidupan) - 56%

   

Sementara itu, One Nation Emcess turut dianugerahkan 'Artis Cili Padi Paling Power', manakala Sham Visa meraih 'Bintang Cuckoo Paling Gempak' untuk minggu kelapan.

GV6 dikelolakan pasangan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 9)

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)