Oleh pada 09 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Memasuki minggu kelima, para peserta program realiti Big Stage 2019 bakal terus berentap untuk mendapatkan tempat di peringkat seterusnya.

Konsert kali ini membariskan 10 peserta yang masih bertahan iaitu Han-Byul, Fieya Julia, Adzrin, Syada Amzah, Kucaimars, Neeta, Santesh, Dinda Permata, Irfan Haris dan Chaleeda.

Bakal berlangsung Ahad ini, mereka akan beradu nasib menerusi tema 'Cannot Brain' yang menyaksikan peserta membawakan genre lagu di luar lingkungan zon selesa masing-masing

Di bawah merupakan senarai lagu tugasan minggu kelima.

    

senarai lagu konsert big stage 2019 minggu kelima

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

SENARAI LAGU TUGASAN KONSERT KELIMA BIG STAGE MUSIM 2 (2019)

  1. Santesh - Gangnam Style (PSY)
  2. Han Byul - Yang Sedang Sedang Saja (Iwan)
  3. Adzrin - Sedang Ingin Bercinta (Dewa 19)
  4. Kucaimars - Kopi Dangdut (Fahmi Shahab)
  5. Irfan Haris - Kalau Aku Kaya (Altimet & Awi Rafael)
  6. Fieya Julia - Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Alif)
  7. Dinda Permata - Dhoom Machale (Sunidhi Chauhan)
  8. Chaleeda - Girlfriend (Avril Lavigne)
  9. Syada Amzah - Sembilu (Ella)
  10. Neeta - Wo Yao Ni De Ai (Grace Chang)

    

Program yang diacarakan Alif Satar dan Sherry Alhadad itu memberikan kuasa pemarkahan kepada juri profesional yang terdiri daripada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan, bersama seorang juri jemputan mingguan.

Bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123), dan dibawakan secara langsung daripada Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Juga boleh diikuti menerusi platform digital iaitu di laman sesawang rasmi Big Stage atau Youtube Astro Gempak, serentak dengan waktu tayangan konsert.

    

Kredit video: Youtube Astro Gempak

      

Sumber berita: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 4)

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)