Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Lima finalis akhir bakal mempertaruhkan nasib di pentas gah Konsert Akhir Big Stage 2019 pada 6 Oktober ini.

Pertandingan realiti yang akan melabuhkan tirainya selepas persaingan selama lapan minggu itu, bakal menobatkan seorang lagi juara susulan kemenangan Sarah Suhairi pada musim lalu.

Juara bakal mendapat ganjaran berupa wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM50,000 dan RM25,000 berserta trofi. Tidak ketinggalan, pemenang keempat dan kelima akan membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Peringkat akhir menampilkan persaingan antara Neeta, Irfan Haris, Han-Byul, Adzrin dan Dinda Permata.

Mempertaruhkan dua lagu termasuk single baharu, berikut lagu tugasan terakhir mereka.

    

senarai lagu konsert akhir big stage 2019

Kredit foto: Instagram Sherry Alhadad

    

SENARAI LAGU TUGASAN KONSERT AKHIR BIG STAGE MUSIM 2 (2019)

   

Tugasan Pertama (Single Baru)

  1. Adzrin - Picisan (Lagu: Farouk Roman / Lirik: Amylea Azizan)
  2. Han Byul - Luka Dan Bahagia (Lagu: Haqiem Rusli / Lirik: Haqiem Rusli)
  3. Neeta - Ruang Mimpi (Lagu: Becky Zulkepli / Lirik: Becky Zulkepli)
  4. Irfan Haris - Honey (Lagu: Haiqal Iskandar & Irfan Haris / Lirik: Haiqal Iskandar, Irfan Haris, Ubaidillah)
  5. Dinda Permata - Ku Tak Bisa (Lagu: Ato Angkasa / Lirik: Ato Angkasa)

    

Tugasan Kedua (Cover Final)

  1. Han Byul - Lose Yourself (Eminem)
  2. Irfan Haris - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits)
  3. Neeta - I Wanna Dance With Somebody (Whitney Houston)
  4. Adzrin - All Of Me (John Legend)
  5. Dinda Permata - Simalakama (Yopie Latul)

    

Persembahan finalis bakal diadili barisan juri profesional yang terdiri daripada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan, bersama juri jemputan.

Dibawakan dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), rancangan yang bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria itu, dikelolakan pasangan hos Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Juga boleh diikuti secara atas talian di laman sesawang rasmi Big Stage dan Youtube Astro Gempak.

   

Kredit video: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Akhir)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)