Oleh pada 16 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Big Stage 2019

    

Seramai lapan peserta bakal meneruskan cabaran pada persaingan minggu keenam program realiti Big Stage 2019.

Mereka yang berentap ialah Neeta, Kucaimars, Irfan Haris, Santesh, Fieya Julia, Adzrin, Han-Byul dan Dinda Permata.

Persembahan konsert kali ini menampilkan lagu-lagu cover yang dipilih oleh juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Berikut senarai lagu yang bakal didendangkan para peserta pada konsert yang akan berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad ini.

   

senarai lagu konsert big stage 2019 minggu keenam

Kredit foto: Instagram Big Stage 2019

   

SENARAI LAGU TUGASAN KONSERT KEENAM BIG STAGE MUSIM 2 (2019)

  1. Kucaimars - Ragaman (Faizal Tahir)
  2. Neeta - Pujaan Hati (Adira)
  3. Han Byul - Love Someone (Lukas Graham)
  4. Dinda Permata - Anta Permana (Dato' Sri Siti Nurhaliza)
  5. Santesh - Jikalau Kau Cinta (Judika)
  6. Adzrin - Jangan Cintai Aku Apa Adanya (Tulus)
  7. Irfan Haris - Hanya Rindu (Andmesh)
  8. Fieya Julia - Kamu & Kenangan (Maudy Ayunda)

   

Selain itu, mereka bakal membuat persembahan secara battle untuk tugasan lagu kedua yang akan diumumkan kelak.

Minggu keenam Big Stage 2019 dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad, serta dinilai oleh juri tetap yang diwakili Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika, serta seorang juri undangan mingguan.

Program bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria. Menerusi platform digital boleh diikuti di laman sesawang rasmi Big Stage dan Youtube Astro Gempak.

   

Kredit video: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 6)

   

Sumber berita: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 5)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)