Oleh pada 16 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Kedudukan undian rapuh antara tiga peserta 'bottom three' hasil pengadilan juri, tidak mengizinkan penyanyi Syada Amzah dan Chaleeda untuk terus bersaing di pentas Big Stage 2019, minggu hadapan.

Syada dan Chaleeda yang masing-masing mendendangkan lagu Sembilu nyanyian asal Ella dan Girlfriend (Avril Lavigne), diumumkan tersingkir pada konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sebentar tadi.

Dengan penyingkiran itu bermakna tinggal lapan bintang yang layak meneruskan perjuangan, iaitu Fieya Julia, Irfan Haris, Neeta, Kucaimars, Santesh, Adzrin, Dinda Permata dan Han-Byul.

Berikut kedudukan dan markah peserta mengikut penilaian juri profesional.

    

markah konsert minggu 5 big stage 2019

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

    

  1. Han Byul (Yang Sedang Sedang Saja) - 82.00%
  2. Neeta (Wo Yao Ni De Ai) - 81.67%
  3. Santesh (Gangnam Style) - 77.83%
  4. Fieya Julia (Sang Saka Biru) - 76.00%
  5. Dinda Permata (Dhoom Machale) - 75.33%
  6. Kucaimars (Kopi Dangdut) - 74.33%
  7. Irfan Haris (Kalau Aku Kaya) - 72.00%
  8. Adzrin (Sedang Ingin Bercinta) - 71.00%
  9. Syada Amzah (Sembilu) - 68.00%
  10. Chaleeda (Girlfriend) - 62.00%

    

Dalam pada itu, Dinda Permata dinobatkan sebagai pemenang 'Vivo BBNU Of The Week' minggu lalu hasil undian penonton.

Minggu bertemakan 'Cannot Brain' yang dikemudi Alif Satar dan Sherry Alhadad itu memberi kuasa pemarkahan kepada juri profesional tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan, bersama juri undangan mingguan, Yusry Abdul Halim

Konsert Big Stage 2019 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

   

Kredit video: Youtube Astro Gempak

   

Sumber berita: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 5)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)