Oleh pada 23 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Tinggal hanya tujuh peserta yang bakal meneruskan perjuangan untuk menempah tiket ke peringkat akhir konsert Big Stage 2019.

Pusingan Separuh Akhir yang akan berlangsung Ahad ini, membariskan persaingan di antara Neeta, Kucaimars, Irfan Haris, Fieya Julia, Adzrin, Han-Byul dan Dinda Permata.

Kesemua peserta bakal membuat dua buah persembahan iaitu secara solo dan duet bersama penyanyi jemputan.

Berikut lagu-lagu tugasan yang menjadi pertaruhan mereka di minggu bertemakan 'Road To Final'.

   

senarai lagu konsert big stage 2019 separuh akhir

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

SENARAI LAGU TUGASAN KONSERT KETUJUH / SEPARUH AKHIR BIG STAGE MUSIM 2 (2019)

        

Tugasan Pertama (Lagu Solo)

  1. Neeta - Potret (Akim & The Majistret)
  2. Adzrin - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip)
  3. Fieya Julia - Chandelier (Sia)
  4. Kucaimars - Keabadian Cinta (Anuar Zain)
  5. Irfan Haris - Bukan Diriku (Samsons)
  6. Han Byul - Boy With Luv (BTS feat Halsey)
  7. Dinda Permata - Secangkir Madu Merah (Amelina & Sheeda)

   

Tugasan Kedua (Lagu Duet)

  1. Irfan Haris - Keliru (Ajai & Nurul) - duet bersama Amira Othman
  2. Fieya Julia - Cinta (Misha Omar & Jaclyn Victor) - duet bersama Liza Hanim
  3. Han Byul - Dirgahayu (Dato' Siti Nurhaliza & Faizal Tahir) - duet bersama Siti Sarah
  4. Kucaimars - Revolusi (Bunkface) - duet bersama Sam Bunkface
  5. Neeta - Terlanjur Cinta (Rossa feat Pasha) - duet bersama Hael Husaini
  6. Adzrin - Eyes, Nose, Lips (Taeyang) - duet bersama Amylea
  7. Dinda Permata - I Will Always Love You (Whitney Houston) - duet bersama Idayu

   

Konsert ketujuh yang dikemudikan Alif Satar dan Sherry Alhadad memberikan kuasa pemarkahan kepada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan, termasuk seorang juri jemputan.

Secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), rancangan ini bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Turut ditayangkan menerusi platform digital di laman sesawang rasmi Big Stage dan Youtube Astro Gempak.

    

Kredit video: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 7)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)