Oleh pada 19 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @astrogempak

    

Konsert Big Stage 2019 meneruskan siaran di minggu kedua pada Ahad hadapan menerusi lagu-lagu tugasan yang berentak rancak.

12 peserta bakal meneruskan perjuangan bagi terus membuktikan keupayaan bakat dimiliki dalam merebut tempat di minggu ketiga kelak.

Barisan peserta terdiri daripada penyanyi Fieya Julia, Kucaimars, Sheryl Shazwanie, Neeta, Santesh, Irfan Haris, Syada Amzah dan Adzrin.

Tidak ketinggalan, peserta luar negara yang terlibat iaitu Aziz Harun dari Brunei, Chaleeda (Thailand), Dinda Permata (Indonesia) dan Jang Han Byul (Korea Selatan).

Selain penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika yang menduduki kerusi juri tetap, siapa pula juri undangan mingguan yang akan turut serta mengambil bahagian dalam pengadilan pemarkahan para bintang minggu ini? Sama-sama kita nantikan.

Namun debaran yang lebih besar semestinya persoalan siapakah bintang pertama yang bakal meninggalkan pentas pertandingan untuk musim ini.

Sementara menantikan siaran konsert hujung minggu ini, kami kongsikan kepada anda senarai lagu tugasan yang diberikan kepada para peserta, sebagaimana diumumkan dalam konsert sulung malam tadi.

     

senarai lagu konsert big stage 2019 minggu kedua 882

Kredit foto: Laman Rasmi Big Stage

    

SENARAI LAGU TUGASAN KONSERT KEDUA BIG STAGE MUSIM 2 (2019)

  1. Fieya Julia - Jahat (Stacy)
  2. Kucaimars - Aku Penghibur (Dato' Jamal Abdillah)
  3. Dinda Permata - Temberang (Ayda Jebat)
  4. Irfan Haris - Uptown Funk (Mark Ronson ft. Bruno Mars)
  5. Sheryl Shazwanie - Drama (Drama Band)
  6. Santesh - Balqis (Dato' Sri Siti Nurhaliza)
  7. Syada Amzah - Rockabye (Clean Bandit ft. Sean Paul & Anne-Marie)
  8. Adzrin - Kau Pun Sama (Syamel)
  9. Neeta - Say My Name (Destiny's Child)
  10. Aziz Harun - Seberapa Pantas (Sheila On 7)
  11. Chaleeda - Havana (Camila Cabello ft. Young Thug)
  12. Han Byul - Vroom Vroom (Nabila Razali)

    

Konsert Big Stage musim kedua ditayangkan setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123), siaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menerusi platform digital, boleh diikuti di laman sesawang rasmi Big Stage atau Youtube Astro Gempak.

      

Kredit video: Youtube Astro Gempak

   

Sumber berita: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 1)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)