Oleh pada 23 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Penyanyi Santesh, 31, menjadi peserta kelima disingkirkan daripada program realiti Big Stage 2019 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Menerusi konsert keenam rancangan itu, Santesh mempertaruhkan lagu Jikalau Kau Cinta yang dipopularkan Judika, termasuk Lagu Untukmu (duet bersama Dinda Permata) di pusingan battle.

Persembahan beliau tidak mendapat tempat di hati juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan, termasuk juri undangan, Dayang Nurfaizah, yang sekadar memberikan markah keseluruhan sebanyak 70.50%, sekaligus menempatkannya di kedudukan 'bottom three' bersama dua lagi bintang, Fieya Julia dan Dinda Permata.

Beliau disingkirkan selepas meraih undian tercorot antara tiga peserta tersebut.

Berikut kedudukan dan markah peserta mengikut pengadilan juri profesional untuk minggu keenam.

    

markah konsert minggu 6 big stage 2019

Kredit foto: Youtube Astro Gempak

   

  1. Han Byul (Love Someone, Bang Bang) - 83.67%
  2. Neeta (Pujaan Hati, Bang Bang) - 81.00%
  3. Adzrin (Jangan Cintai Aku Apa Adanya, Mahakarya Cinta) - 78.33%
  4. Irfan Haris (Hanya Rindu, Mahakarya Cinta) - 75.17%
  5. Kucaimars (Ragaman, Hutang) - 75.00%
  6. Dinda Permata (Anta Permana, Lagu Untukmu) - 72.50%
  7. Santesh (Jikalau Kau Cinta, Lagu Untukmu) - 70.50%
  8. Fieya Julia (Kamu & Kenangan, Hutang) - 69.83%

   

Sementara itu, Neeta diiktiraf 'Vivo BBNU Of The Week' minggu lalu hasil undian penonton.

Konsert separuh akhir akan datang bakal menyaksikan kemaraan tujuh peserta yang bertahan iaitu Fieya Julia, Irfan Haris, Kucaimars, Adzrin, Dinda Permata, Han-Byul dan Neeta.

Program yang dikelolakan Alif Satar dan Sherry Alhadad itu bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

    

Kredit video: [LIVE] Big Stage 2019 Live + (Minggu 6)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)