separuh akhir muzik muzik minggu kedua iktiraf lagu dayang nurfaizah

Kredit foto: Instagram Muzik Muzik 32

Lagu ciptaan Ajai berjudul Separuh Mati Ku Bercinta, nyanyian Dayang Nurfaizah diiktiraf sebagai Lagu Terbaik Separuh Akhir Muzik Muzik 32 minggu kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam tadi.

Keputusan itu ditentukan barisan pihak juri yang terdiri daripada AG Coco, Eddrie Hashim, Halen Yap, LY, Azmeer, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani Ismail (ketua juri).

Pun begitu, ia bukanlah jaminan buat lagu berkenaan dan Lagu Terbaik minggu lalu, Sejati (ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan) untuk mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 32.

Sebaliknya 12 finalis akhir hanya akan diumumkan di hujung Separuh Akhir Muzik Muzik 32 minggu ketiga, yang bakal berlangsung minggu hadapan, 12 November.

Persaingan minggu kedua itu antara lain menampilkan Aku Sanggup nyanyian Sufi, Rempuh (Tomok & Black), Jangan Menangis (Aizat) dan Harus Aku (Sufian Suhaimi).

Tidak ketinggalan Zalikha (Floor 88), Warkah Untukmu (Ara Johari), Permata Cinta (Aiman Tino), Terus Mencintai (Siti Nordiana) dan Jangan Pernah Berdusta (Aepul Drama Band & Haiza).


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)