Oleh pada 25 Nov 2019 kategori

gegar vaganza 2019 minggu 7

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Hady Mirza yang mempertaruhkan lagu Jatuh Bangun nyanyian asal Haqiem Rusli, mengungguli persaingan pada minggu ketujuh Gegar Vaganza musim keenam (GV6) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Dalam pada itu, rancangan realiti tersebut membuat kejutan apabila pihak produksi memutuskan untuk melanjutkan pertandingan dari lapan minggu ke 11 minggu.

Kesemua peserta terselamat apabila pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan tiada penyingkiran di hujung konsert bertemakan 'Caras' itu.

Sembilan bintang secara automatik meneruskan kemaraan ke minggu seterusnya. Selain Hady Mirza ialah penyanyi Naqiu Boboy, Sham Visa, Roy, Jatt, Wann, Nurfatima, Noorshila Amin dan kumpulan One Nation Emcees.

Di bawah merupakan kedudukan dan markah berdasarkan penilaian juri tetap yang terdiri daripada pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, bersama Datuk Aznil Nawawi selaku juri jemputan.

   

gegar vaganza 2019 20

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

CARTA KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 6 (2019) MINGGU 7

1. Hady Mirza (Jatuh Bangun) - 84%

2. Naqiu Boboy (Rampas) - 83%

3. One Nation Emcees (Bila Rindu) - 70%

4. Noorshila Amin (Vroom Vroom) - 69%

5. Jatt (Sumpah) - 63%

5. Roy (Hajat) - 63%

5. Nurfatima (Patah Seribu) - 63%

6. Sham Visa (Pergi) - 61%

6. Wann (Terlalu Memuja) - 61%

    

Anugerah 'Artis Cili Padi Paling Power'menjadi milik Noorshila Amin, manakala Roy dinobatkan sebagai pemenang Bintang Cuckoo Paling Gempak untuk minggu keenam.

Konsert mingguan GV6 ke udara secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam.

    

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 7)

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)