Oleh pada 20 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) kembali menerusi edisi ketujuh dengan mengetengahkan tema 'Epik Glam' menggunakan tagline - Yang Epik, Yang Lagend.

Seperti lazimnya, para peminat dunia hiburan masih memegang peranan sebagai juri bagi kesemua 15 buah kategori utama.

Dalam erti kata mudah, undian peminat menentukan siapa yang layak diangkat sebagai perangkul trofi dalam penganjuran AME.

Sebagaimana diketahui umum, AME 2020 tidak terkecuali seperti rancangan hiburan lain yang diadakan berlandaskan norma baharu dengan berpandukan ketetapan SOP yang ditetapkan kerajaan - dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19.

Namun ianya tidak menghalang kemeriahan acara yang menyatukan tiga hos ternama ini - Nabil Ahmad dan Jihan Muse bergandingan bersama pelawak Zizan Razak.

Manakala juruhebah radio Era, Radin dan penyanyi Cik Manggis (De Fam) menggalas tanggungjawab mengendalikan tugasan pengacaraan di karpet merah yang dibawakan oleh Astro GO.

Apapun, tahniah diucapkan kepada para selebriti yang diraikan sebagai pemenang.

Berikut disertakan senarai penuh pemegang trofi bagi setiap kategori AME 2020:-

   

Baca: Info Penuh Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

Baca: Senarai Persembahan Dan Penyampai Trofi Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020)

   

meletop era 444

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Meletop Era (AME) 2020

Artis Baharu Meletop - Han Byul

Grup/Duo Meletop Era - Khai Bahar & Siti Nordiana (Satukan Rasa)

Lagu MeleTOP Era - Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

Filem Meletop - Ejen Ali The Movie

Drama Meletop - Sweet Dreams

Artis Versatil Meletop - Siti Nordiana

Influencer Meletop - Syahmi Sazli Production

Hos Meletop - Alif Satar (Big Stage S2)

Fesyen Meletop - Syafiq Kyle

Program Meletop - Sepahtu Reunion Live 2019

Couple Meletop - Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Si Cilik Meletop - Alisa Aisyah

Bintang Filem Meletop - Syafiq Kyle (Pusaka)

Pelakon Meletop - Ben Amir (Sweet Dreams)

Penyanyi Meletop Era - Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang, Lembah Kesepian)

   

Anugerah Khas

Anugerah Wira Meletop - Ebit Lew

Anugerah Khas AME2020 - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noorhisham Abdullah

   

Trofi Utama

Artis Top Top MeleTOP (Lelaki) - Haqiem Rusli

Artis Top Top MeleTOP (Wanita) - Siti Nordiana

Artis Top Top MeleTOP (Grup/Duo) - Khai Bahar & Siti Nordiana

   

Terdahulu, AME 2020 asalnya dijadualkan pada 12 April lalu, namun ditangguhkan selepas wabak COVID-19 semakin serius di seluruh negara.

AME 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), turut ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria pada 20 Disember 2020.

   

meletop 2020

ame 2020

anugerah meletop era 2020 454

anugerah meletop era

anugerah meletop 2020

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)